Puasa belum pun mula lagi. Tapi semua orang aku tengok dah sibuk buat persiapan raya. Beli baju raya lah. Tempah kuih raya lah. Macam2 lah. Bukan main lagi korang ye. Termasuklah aku. Tapi belum beli apa2 pun lagi. Tengok2 je baru. Kuih raya je yang aku dah tempah awal2. Maknanya aku tak excited sangat nak raya macam korang lah. Muahaha.
Baju tema tuk raya tahun ni dah ada. Dah siap dah pun baju raya kami 3 beranak. Tahun ni tema sama satu family ngan mertua. Semua dah siap! Itu cerita baju kurung/melayu je. Baju2 tshirt, seluar2 jeans, baju seluar aqil semua belum lagi. Aku ni jenis suka beli last minit. Weekend2 bulan puasa nanti takde ape nak buat kat rumah, ni lah aktiviti kami. Cari baju tuk raya. Baju kurung aku nak tambah lagi 2 pasang je lagi. Beli yang ready made je. Tiap2 tahun cmtu aku ni. Salu memang sepasang je aku tempah tuk raya. Yang lain ready made. Baju Aqil biasa lah. Kat sogo, Mid Valley, Parkson, Jusco. Tu lah tempat2 aku cari baju Aqil nanti. Bapaknya pun sama lah.
Hari Sabtu haritu kitorang pergi ke Mid Valley. Memang sale gila2. Aku naik tak keruan. Tapi tak bernafsu sangat nak shopping. Incik suami pun sama. Voucher Metrojaya ada RM300 tapi RM100 je guna. Lagi Rm200 ade ni haa aku simpan lagi. Bulan puasa nanti lah guna. Dah setahun aku peram voucher ni tau. Ogos ni dah nak expired. So, kena lah cepat2 guna sebelum rugi.
Kitorang sampai Mid Valley haritu pukul 11 lebih. Dok dalam tu sampai kul 4 ptg ok. Lame gile kan. Tapi takde ape sangat dibeli. Entahlah. Cuma beli seluar Aqil sehelai, baju Aqil sehelai, botol susu Aqil, headrest Aqil. Tu je kot. Memang murah2 lah. Segala jenis butik, pasaraya kat dalam tu sale gile2 ye. Daripada korang tak mampu, jadi mampu beli tau. Sebelum memulakan aktiviti hari tersebut, kitorang pergi isi perut dulu. Sebenarnya pagi tu kitorang nak renew pasport, tapi malangnya sampai imigresen kul 10, kaunter dah close. Sebab tuk Sabtu dan Ahad, diorang ada limit permohonan. Dalam 100-200 orang je. Time kami tu dah penuh dah limit tu.
|
:: Mak dan anak :: |
|
:: Aqil belek2 menu :: |
|
:: Menu aku , western lah sangat kan :: |
|
:: Menu qiqil dan bapaknye :: |
Lepas dah kenyang, baru lah boleh teruskan aktiviti dengan senang hatinye kan. Jalan kat KL hari Sabtu tu memang jem gila la. Tapi sebab kitorang awal sikit, maybe sebab tu tak jem sangat kot. Niat kat hati nak pegi Mid tu sebab nak gi Metrojaya lah. Nak habiskan voucher RM300 tu. Tapi tak terhabis gak. Sampai2 je kat sana, tengok ramai orang pegang plastik / paper beg Maybankard Treats. Kami laki bini ni pun pelik lah dan teringin lah nak tengok ada barang2 murah ke. Memang murah2 lah pun. Cuma shopping kat situ tak boleh guna cash lah. Kena guna maybankkad je. Samada Debit Card or Credit Card je. Tapi kejap je kitorang pegi situ. Ramai sangat. Rimas!
|
:: Nak jalan dalam ni pun susah :: |
|
:: Tengok tu kene himpit2 :: |
Tak best jalan kat situ, maka kami terus ke Metrojaya. Nak beli kasut Aqil, tapi takde size pulakk.
|
:: Comel2 baju kat sini, sale sangat2 :: |
Pastu kitorang pegi AEON kat dalam tu, memang murah2 gile. Sangat murah ok. Semua jenama baju murah. Dari beratus dapat harga RM20 - RM50 je. Memang berbaloi2 sangat. Tapi aku tak beli apa2. Boleh? Eee aku pun tak faham lah diri aku ni. Nanti bulan pose lah aku datang lagi. Seharian dah penat jalan kat Mid Valley, kitorang keluar tuk balik. Tapi singgah kat KL Festival City. Jalan2 lagi sebelum balik. Jalan + makan sekali kat situ.
|
:: Muka anak beranak dah penat :: |
Kat sini decide nak makan Seoul Garden. Sekepala kira RM38++ kot. Tak sure lah. Aqil pun dorang kira gak. Ok lah. Korang boleh makan sampai pengsan kat situ. Sekali sekala makan kat sini ok lah. Kalau selalu, tak lah kot.
|
:: Anak beranak, aqil suka udang :: |
|
:: Ayah memang salu makan bersama Aqil :: |
|
:: Nyummsssssssss :: |
Boleh tahan sedap gak makanan kat sini. Aku suka! Terutama beef dia. Perghhh sedap! Kitorang dok makan kat situ, 2 jam lebih kot. Memang puas hati. Kononnya lepas tu nak pegi toilet, tetiba lalu kat Emas Sri Pinang. Laki aku pun cakap lah, jom kita masuk tengok2. Aku memang suka lah! Ingat nak tengok2 je, tapi terminat pulak. Emas pun tengah turun harga. Pastu Emas Sri Pinang ni boleh pulak buat promotion harga upah hanya RM1. Kau gila taknak! Apa lagi, sebat lah. Balik dengan senyuman tak putus2. Terima kasih suamiku! Minggu ni nak pegi lagi. Sambil tambah barang, kitorang nak melabur. Apa name pelaburan tu ekk, aku lupa lah. Tapi untung lah. Nanti kalau takde duit terdesak, boleh lah korek dari sini kan.
|
:: Tadaaaaaaaaaa :: |
Antara barang2 yang aku beli hari Sabtu tu.
|
:: Thermal Travel Bag dan botol susu for Aqil :: |
|
:: HeadRest tuk Aqil :: |
|
:: T-Shirt tuk Aqil :: |
|
:: Ehh.. ni beli hari Jumaat, bukan Sabtu :: |
Aku gile soping kan. Tapi bile sampat kat tempat kejadian, tak beli apa2 pun. Hari Ahad pulak laki ku ajak pegi Jusco AU2. Ikutkan je lah. Rupanya dia ada benda nak cari. Dah lama dah dia cari, baru ni lah dapat nya.
|
:: Cerewet laki ku ni, pilih bukan main lama :: |
Akhirnya dapat gak. Suka lah tu. Itu je kisah weekend kami. Esok dah mula tarawikh yang pertama bagi tahun 2013.
Selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak semua!