Hari2 tengah drive on the way pegi opis memang WAJIB dengar radio Hot FM. Siap nyanyi2 bagai. Pastu bulan Ramadhan ada pulak segmen bersama Prof. Izzi Haji Ali tu. Memang kelakar lah. Daripada mengantuk hilang terus rasa mengantuk tu. Kalau orang nampak aku gelak sorang2 dalam kereta tu, mau orang cakap aku gila kot. Tapi sume tu sebab dengar Hot FM lah tu. Sampai opis pun, aku akan bukak online hot FM. Best!
Tadi dah nak sampai opis, dok sedap2 tengah nyanyi lagu tema drama 'Teduhan Kasih' tu. Tetibe tak pasal2 rasa sedih dan sayu je hati ni. Tetibe bergenang air mata. Harini hari terakhir aku disini.
Sayu je rasa hati ni. Tahun 2009 adalah tahun pertama aku di sini. 15.06.2009 aku dilantik sebagai Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat Gred 17 kat sini. Masa ni gaji bayar lamsam je. Tak sama macam penjawat awam lain. Kalau penjawat lain naik gaji, kami takde. Disitulah bermula nya aku sebagai penjawat awam.
Pada tahun 2010 rezeki menyebelahi aku. Aku dapat tawaran lantikan contract of service. Jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17. Jawatan ni benefit dia memang sama ngan jawatan tetap. Dapat kenaikan gaji tahunan ikut gred. Kalau PM umum naik gaji, aku pun dapat. Setiap 2 tahun akan sambung kontrak. Aku agak selesa sikit lah berbanding jawatan sebelum ni.
Hmm. Ikhtiar dan tidak pernah putus asa mencuba adalah kunci aku mendapat jawatan tetap sekarang. Alhamdulillah. Tapi gred dah bertukar. Jadi, gaji pun tak dapat selaras lah kan. Aku kene mula dari awal semula. It's ok. Yang penting, masa depan terjamin. InsyaAllah.
Aku bakal merindui kawan2 dan suasana di sini. Terima kasih atas segala tunjuk ajar selama aku kat sini.
Sayu. Sobbbsssssss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan