09 Julai 2013

Gembira tapi marah jugaklah

Setelah berbulan menanti, akhirnya dapat jugak surat. Tapi bukan surat tawaran penempatan. Tapi surat MAJLIS LAPOR DIRI DAN PENYAMPAIAN SURAT PENEMPATAN LANTIKAN BARU PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17. 

Kira tu surat lapor diri lah. Dan surat penempatan akan diberi ketika majlis tersebut. Yang sedihnya, aku dah terlepas tarikh tu. Ni semua salah JPA! Patutnye aku lapor diri 04 Julai 2013. Tapi harini 09 Julai 2013 baru aku dapat surat. Tu pun aku yang try call SPA dan JPA tanya pagi tadi. Bodoh betul.

Dorang kate surat aku dah dipos kan tapi return pada JPA balik. Dah kalau return balik, kau tak boleh call aku bagitau?? Tak ke vangang namenye tu. Kalau aku tak tergerak hati nak call tadi, sampai sudah lah aku tak tau kan. Apa lah servis camni. Nak marah pun, tak tau nak marah sape.

Bila dah call tanya bagai, die suruh datang JPA amek sendiri surat tu. Terus aku mintak incik suami amekkan. Eeeeeee...bengang lah rasa. Tapi nak buat camne kan. Pasrah. 

Esok terus aku akan cuti tuk pergi buat medical check up. Sekarang ni aku tengah tunggu pihak urusetia JPA call aku tuk comfirmkan pasal surat penempatan aku. Sama ade aku kene pegi JPA dulu amek or terus pegi ke kementerian/jabatan yang aku ditempatkan tu. Sabar je menanti ni. Jangan tak call sudah lah. Kalau tak call, aku akan call dorang balik!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan