Aku kembali lagiii.
Bosanlah arini. Dah siap2 setelkan kerja di saat terakhir aku di sini. Harini hari Isnin terakhir aku kat tempat lama ni. Minggu depan Isnin aku dah ada kat tempat lain. Wahh.. berdebar2 rasa. Tapi aku cool je. Control. Mihmihmih.
Harini boleh pulak 1 rumah tak sedar waktu sahur. Hanyut sume tidur. Pukul 6 baru sedar, memang takde harapan dah la. Jangan kate nak makan, teguk air pun dah tak boleh. Pasrah je lah. Selalu kalau bukan aku bangun dulu, mesti mak mentua aku. Tapi harini dua2 pun hanyut. Sedap sangat tidur, cuaca sejuk2 je kan. Tapi rasa membazir pulak lauk semalam banyak lagi. Hmmm.
Dah lah, lupakan lah bab tak bangun sahur tu. Dahaga je tekak ni.
Sekarang anak bujang aku Muhammad Aqil Rizqin tu dah besar. Nampak tinggi dah. Cakap pun banyak. Ada je soalan diajunye. Pastu pandai dah mintak itu ini. Yang latest dia mintak nak basikal. Dah pegi tengok dah. Murah je. RM80 je. Nanti lah kita beli ye sayang. Mama tak sanggup nak hampakan harapan anakanda tersayang. Menangis2 aritu mintak suh belikan basikal.
:: Credit to google :: |
Design gini lah basikal yang dia nak tu. Lebih kurang lah kot. Nampak tak gaya dah besar anak bujang aku tu. Tapi umur baru 2 tahun lebih je. Kalau beli, tah pandai kayuh ke tak agaknya. Tu yang aku tak beli2 lagi ni.
Boleh pulak haritu dia nampak dan mintak aku belikan. Pastu dia suh aku belikan tuk Anis sekali. Ish. Terus aku jawab, anis nanti papa dia belikan.
Memang Aqil dan Anis ni rapat. Sekarang pulak duduk serumah. Bertambah2 akrab lah. Dah macam kembar dah. Mentang2 mak bapak dorang kembar, dorang pun macam kembar. Sorang nak mandi, sorang lagi pun nak jugak. Sorang berak, sorang lagi pun sama berak. Sorang makan, sorang lagi pun nak jgk. Sorang demam, sorang lagi pun sama. Sorang batuk, sorang lagi pun sama. Bak kata sume sama lah dorang ni. Sekarang ni dua2 tengah batuk. Aqil pulak ade asma. Dah tengah2 malam aku tak boleh tidur. Nak kena pantau aqil. Bagi inhaller bagai. Nasib baik tak teruk. Semalam bawak pegi klinik, doc bagi ubat. Harap anak mama cepat lah sembuh.
:: Anis yang banyak cakap :: |
:: Aqil suke sepahkan rumah :: |
:: Bukan main pandai bergambar dah 2 budak ni :: |
:: Dah besar dah :: |
:: Ade je lah idea dia tu nak buat ape :: |
Sile abaikan keadaan bersepah di dalam semua gambar tersebut. Hihihi.
Mama doakan semoga anak mama sentiasa diberi kesihatan yang baik. Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna di masa hadapan. Semoga anak mama membesar dengan sihatnya. Semoga anak mama berjaya di masa akan datang dan tidak melupakan kedua ibu bapa serta pandai menghormati orang yang lebih tua. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan