15 Julai 2013

Pre-Shopping Raya For Aqil

Assalamualaikum.

Aku tengok blog2 orang lain sume pakat cerita dan upload gambo2 menu buke. Aku? Hmm.. Tahun ni non hado ye. Sebab takde masak sendiri pun. Maklumlah dok umah mertua. So, takde gambo yang aku nak up kat sini. Buat malu ngan mak mertua je tetiba snap gambo makanan kan. Jadi lupakan lah hasrat nak update pasal makanan yang lazat2 di sini. Cerita2 je boleh, tapi tanpa gambo rase cam kureng nikmatnye tu. Tak boleh kesat air liur. Mihmihmihmih.

Jumaat dan Sabtu lepas aku dah start pre-shopping baju raya tuk Aqil. Ye. Untuk Aqil sahaja. Mak dan bapak belum lagi. Anak perlu diberi keutamaan. Hari Jumaat macam biasalah aku pergi Sogo. Sogo Sale! I like! Boleh lah kan daripada takde. Aku ada jugak beli selai dua tuk bapaknye. Berbaloi2 lah. Aku punye belum ado lagi. Tunggu gaji bulan ni pulak lah kan. Takpun hari Jumaat ni aku pergi cari tuk aku pulak. Nak cari lagi 2-3 pasang baju kurung ready made je pun. Kalau rajin, hari Jumaat ni kite pergi lah ke Jalan TAR ye. Rasenye macam rajin je kot. Sebab minggu ni je aku last kat sini. Lepas2 ni susah dah lah aku nak ke Jalan TAR tu.

Setakat ni Aqil dah ade 6 helai t-shirt dan sehelai kemeja tuk raya. Nanti nak tambah lagi selai dua baju dia. Bukan tamak, tapi untuk pakai di masa akan datang juga. Pastu nak beli seluar untuk dia. Kasut dah dapat jugak. Hari2 pulak dia nak pakai kasut tu sekarang. Last2 aku sorok kasi dia tak nampak.

:: Ini 5 helai yang aku rembat di Sogo ::
Bersemangat kan aku nak raya. Bukan semangat. Tapi persiapan awal. Nanti kalau nak beli sekaligus, boleh kopak poket.

Hari Sabtu tu plan asal, nak pergi OU. Tapi tak jadi pulak. Sebab boleh pulak kitorang dok berjalan kat dalam KL Festival City tu lama gila. Dari kul 11am - 4.30pm. Boleh tahan banyak sale gak kat Parkson dalam tu. 

:: Ini lah kasut raya aqil. Bagi gambo sipi2 je ye. Aku suke sangat kasut ni! ::

:: Yg belang2 tu papa n mama anis bagi. Yg purple tu ayah belikan ::
Setakat ni tu je baju2 Aqil. Seluar belum cukup lagi. Nanti nak pergi OU or Mid Valley pulak. Tapi rase sedikit lega lah sebab dah hampir lengkap persiapan raya tuk Aqil. Pastu balik je rumah petang tu, happy sangat. Sebab ada parcel. Yeay! Barang dah sampai. 


Power Bank! Dah lame nak beli, tapi baru sekarang dapat. Ni pun suprise dari incik suami. Dah beberapa hari dia order. I like! Incik suami order online je. Original set. Harga katenye berbaloi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan