Alhamdulillah harini dah hari ketiga Ramadhan. Segalanya seperti biasa. Sepanjang beberapa hari Ramadhan ni cuaca pun ok je. Tak panas sangat. Aku belum berpeluang lagi nak menunaikan solat tarawikh. Maklumlah si kecik takde orang nak jaga. Takpelah. Solat tarawikh tu sunat, jaga anak adalah wajib. Jadi kita mestilah kena lakukan yang wajib dulu kan.
Harini hari Jumaat (12.07.2013). Maknanye aku hanya ada lagi 6 hari (termasuk harini) lagi kerja kat tempat lama ni. Aku dah bagi notis pemendekkan jawatan mulai 22 Julai. InsyaAllah Isnin (22.07.2013) tu aku dah pergi melapor diri. Di mana? Itu aku tak pasti. Sebab aku dimaklumkan kena lapor diri di JPA dulu dan di sana baru dapat surat penempatan. Saje nak bagi orang nerbes lah tu.
Segalanya bakal baru belaka. Jawatan baru, gred baru, gaji baru. Tempat tu tak berani nak cakap baru. Nanti tetiba dapat kat Jabatan sekarang pulakk kan. Sebab sekarang jawatan aku dapat ni mmg ade kosong 1 lagi. Ramai yang cakap aku bakal dapat kat sini jugak. Kalau boleh taknak sebenarnya. Harap dapat tempat lain lah ye. Nak jugak rasa suasana kerja tempat lain. Lagipun opis ni bakal berpindah tak lama lagi. Dengar2 lepas raya nak pindah dah. Pindah tempat yang memang jem hari2. Bangsar South. Ohh memang tak lah. Aku tak suka jem. Dan aku tak tau pun camne nak pegi sana.
Setakat ni, aku belum berkesempatan berbuka puasa dengan family sendiri lagi. Tapi memang tiap2 tahun tak buke sama ngan dorang pun. Aku tak sama macam family sempurna yang lain. Tapi aku bernasib baik dan beruntung dapat family mertua yang sangat ok. Ahh sedihlah cite pasal ni. Takmo cite lah. Sobsss.
Perasaan aku tika dan saat ini? Aku ni macam takde perasaan. Tak rasa apa2 pun bila dah nak berhenti ni. Apakah? Sebab belum tiba hari terakhir itu. Nanti kite tengok ye aku hari terakhir tu. Sedih ke happy ke nangis ke ketawa ke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan