Assalamualaikum!
How are u? Hahaha soklan tak menahan, bajet ada orang tengok blog ko. Puihhh. Ok, arini nak up entry vacation kami last week. The best vacation! So, kita up day by day k. Day 1 - day 3. InsyaAllah. Ini adalah percutian kedua kami untuk tahun 2013. Yang pertama ke Sabah bulan Februari lepas. Kali ni kami ke Langkawi pulak. Sebenarnya tiket flight ni aku dah beli dari tahun lepas lagi dah. Beli tiket ni sebelum beli tiket pergi Sabah lagi. Tapi Sabah yang kami pergi dulu. Hampir setahun tiket ni telah dibeli. Motif lama sangat? Sebab nak kumpul duit dulu sebelum pergi, boleh tinggal tempat yang selesa, shopping sakan bagai. Kalau beli bulan lepas, bulan ni pergi, tak sempat lah kan nak menabung. Itu cara aku! Muahahaha.
Percutian kali ni kami bawak sekali ayah dan mak mertua aku dan adik ipar aku. Jadi semuanya 6orang sahaja. Kami amek 2 bilik. Kami terbang pada 27 Jun (Khamis) dan terbang balik pada 29 Jun (Sabtu). Kali ni penginapan kami sangat sangat selesa ok. 4-5 bintang resort ni. Alhamdulillah rezeki. Itu gunanya menabung. Kami tinggal di Langkawi Lagoon Resort. Memang best cuma tempat ni jauh dari Pekan Kuah ye. Jauh tak jauh sangat lah. Setengah jam je pun ke Pekan Kuah. Kalau korang rasa berminat ke nak try boleh la ke laman web LLR . Segala bagai tentang resort tu ada kat situ, so janganlah nanti tanya lagi aku berapa rate lah, macam mana hotel tu lah. Yang aku boleh cakap sangat sangat selesa. Segala kemudahan semua ada. Kereta sewa pun boleh ambil je dari situ, dorang akan caj kat bil hotel je. Senang kan.
:: Ni lah pemandangan dari depan resort tersebut :: |
:: Ruangan menunggu di Lobby :: |
Gambar-gambar ni semua sekitar pemandangan di LLR. Not bad lah. Cuma pantai dia tak secantik di Pantai Cenang lah. Bilik2 tu adalah antara bilik yang kami dapat di sana. Picture credit to google. Aku tak amek gambar bebetul aritu. Cantik kan. Memang tak rugi korang bayar mahal2 dok sini. Berbaloi!
Hari pertama kami sampai kat airport, dah ada orang resort tunggu kami utk bawak pergi resort. Dari airport nak ke tempat ni memang sangat sangat dekat. 5 minit gitu je. Sampai je bilik, kami berehat jap tuk solat Zohor dulu dan Jama' terus tuk Asar. Selesai solat semua, kami terus ke Lobby tuk dapatkan kereta.
Oh lupa nak bagitau, dari rumah ke airport kami amek teksi je. Boleh tahan murah lah. Dari Taman Melawati, KL ke LCCT hanya RM140 je. Murah kan. Boleh la ke mana2 web online booking teksi. Aku nak bagi link, tapi tak jumpa pulak dah link nye tu.
:: Ni masa dalam teksi, OTW ke LCCT :: |
:: Muka budak malas nak jalan :: |
:: Lepas checkin luggage, kita tunggu lah kat tepi tu jap :: |
:: Pengantin baru datang tuk mengiringi percutian kami :: |
:: Boarding time :: |
Inilah suasana bilik kami.
:: Ni kereta sewa yg pihak resort bagi kami :: |
Hari pertama kami dimulakan dengan makan dulu (WAJIB). Makan biasa2 je kat area Pantai Cenang. Dah kenyang, terus gerak ke Pekan Kuah. Terus ke Dataran Lang dulu. Lepas tu baru survey2 ke tempat soping2. Best!
Gambar sekitar di Dataran Lang. Waktu ni dah Maghrib. So ada gambar yang blur2. Bergambo je lah kat sini. Lepas tu kami terus ke Haji Ismail Group (HIG). Hari pertama ni kami tengok2 je dulu. Pastu jalan2 sikit kat pasar malam kat situ. Dalam pukul 9 gitu kami dah gerak balik ke hotel. Berehat dulu dan esok kita sambung lagi tuk hari kedua. Malam tu kami tidur dengan lenanya. Aqil pun sama. Lena sangat dia tidur, mentang2 dalam aircond kan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan