21 Julai 2013

Baju Raya

Alhamdulillah. Akhirnya dah lengkap pun kelengkapan baju raya aku. Baju kurung 3 pasang tahun ni. Sepasang sedondon bersama2 family mertua. Lagi 2 pasang suka hati aku. Hahaha. 

Sepasang yang sedondon tu memang tempah lah. Lagi 2 pasang aku beli ready made je kat Jalan TAR tu. Harga pun sangat2 berbaloi. Jenis kain pun sama yang selalu aku beli. Biasa beli kain saje sepasang RM40-RM50. Upah jahit koman2 pun RM50 sepasang. Itulah standard harga upah kat KL ni. 

Cari punya cari last2 aku jumpa baju kurung ready made yang berkenan. Dapat dengan harga RM130 2 pasang. Sepasng RM65. Berbaloi kan daripada tempah bagai. 



Ni lah 2 pasang yang ready made tu. Biasa2 je. Ok lah untuk pakai raya ke-2 dan ke-3 dan nanti untuk pergi keje la. Harga asal untuk sepasang ni RM80 sebenarnya. Tapi aku ni memang jenis tawar harga gila2 punya sampai dapat. Tudung untuk 2 pasang baju ni dah dapat jugak pagi tadi. Aku tak beli tudung kat jalan tar. Mahal. Aku suka beli tudung kat pasar pagi Taman Melati. Memang murahhhh.

Yang lagi sepasang tu dah penah pakai mase adik ipar aku kawen. So kami recycle je yang tu untuk tema raya keluarga mertua tahun ni. Sebab tu masa adik ipar aku kawen aku memang takde upload gambo kami sedondon. Sekarang baru nak tunjuk seketul.


Kelabu + oren. Ini lah tema utama kami tahun ni. Yang lelaki baju warna kelabu. Tu gambo aku ngan ipar dan biras.

Cukuplah kan baju raya aku. Cuma nak cari baju2 biasa pakai keluar weekend2. Aku suka beli kat booth2 macam kat AEON BIG ke Jusco ke. Yang murah2 je. 

Ok lah. Tu je nak cerita harini. Nak gi bersiap tuk keluar pergi buka kat Le'Meridian Hotel. Nyumsss. Nanti aku cerita bab berbuka pose pulak ye. Babaiiiii.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan