01 Julai 2013

Langkawi Day 3

Sekali jalan terus dalam satu hari. Habiskan entry cuti2 kitorang. Senang kan. Nanti kalau tak, terus takde je. Sebelum nak teruskan entry tuk hari ketiga, aku nak up dulu gambar petang hari kedua kitorang abeskan masa kat swimming pool.





:: Segelas fresh oren ni RM12 ok. Pengsan! ::


Hari ketiga (hari terakhir) kitorang mulakan perjalanan pergi ke kawasan kereta kabel walaupun tak boleh naik. Jalan2 pun jadi lah. Time salah ni. Pergi time kereta kabel tutup (servis) memang rugilah. Takpelah, maybe next time la ye.





Kat sana, kitorang tak turun kereta pun. Pusing2 dok dalam kereta je. Lepas tu mak ajak pergi beras terbakar lagi. Mak nak soping2 sikit lagi. Ikutkan je lah. Aku pun beli gift untuk kawan2 ofis kat beras terbakar gak. Aku ni suka bagi gift lain dari yang biasa orang2 ofis bagi. Salu aku dapat coklat je dari kawan2 ofis yang pergi langkawi. Aku taknaklah bagi coklat je, aku bagi benda yang buat dorang ingat kat aku selalu. Heeeeee

Lepas tu tak tau nak pergi mana dah. Flight petang tu pukul 4.35pm. Jadi banyak lagi masa tu. So kitorang pun decide pergi jalan2 kat Pantai Cenang je lah. Duduk tepi laut sambil minum2 air kelapa.














Best je dok tepi laut ni. Walaupun cuaca terik panas, tapi tak berpeluh pun. Sedap je rasa angin pantai bertiup. OTW nak balik hotel tu, kitorang singgah makan laksa ikan sekoq. Memang sekor ikan betul diletaknya.

:: Tengok tu, sekoq ikan ::

:: Rasanya pun sedap! ::
Dah kenyang makan laksa, kita balik hotel terus. Kemas sume barang tuk berangkat.

:: Berselerak lagi masa ni, proses nak mengemas ::

:: Baju si kecik pun belum tukar lagi ::



:: Datang 3 beg je, balik bertambah lagi beg ::
:: Sebelum boarding ::




Masa pergi aku tak dapat duduk tepi tingkap. Tapi masa balik aku dapat dok tepi tingkap. Jadi dapatlah aku snap gambar2 pemandangan P.Langkawi yang cantik dari atas.









Cantik kan pemandangan P.Langkawi dari atas. Aku suka! Percutian kali ni memang sangat menyeronokkan. Tapi aku rugi tak dapat naik cable car dan naik bot pusing pulau. Tu je yang aku tak dapat. Next time kalau ada masa, aku mesti nak datang sini lagi. 

Yang penting, terima kasih suamiku kerana sudi bawak kami bercuti ke sini. I Love U! Next vacation 2013 ada lagi. Ke selatan pulak nanti. Hotel semua dah ada. Cuma tinggal nak pergi je. Belum tetap kan tarikh lagi. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan