08 Julai 2013

Aktiviti Hari Jumaat.

Happy Monday!

Hari baru, minggu baru, pasti semangat pun baru kan. Bertambah2 semangat sebab minggu ni akan bermula Ramadhan yang pertama. Esok (Selasa) dah mula tarawikh yang pertama bagi semua umat Islam. Aku rasa excited pulak nak sambut puasa tahun ni. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam!

Sekarang aku nak cerita aktiviti aku dan geng2 opis hari Jumaat haritu. Tak basi sangat lah cerita ni. Hahaha. Biasa hari Jumaat, aktiviti kami kalau tak dok opis, mesti ke Sogo, Maju Junction or Jalan Tar. Sebab senang, tempat2 ni kitorang jalan kaki je. Dekat. Malas nak drive. Tapi hari Jumaat gatal aku ni nak try rasa Sushi King. Maklumlah orang kampung. Mana pandai nak makan makanan tu sume. 

Makanya aku merajinkan diri lah hari Jumaat tu tuk drive ajak geng2 aku pergi KL Festival City kat Danau Kota tu. Itu je yang dekat. Mid Valley pun dekat, tapi tak tahan jem dan susah nak cari parking. Niat memang nak makan kat sushi king, tapi tak kena ngan tekak. Jadi aku amek keputusan tuk take away je. Dan kita isi lah perut kita di Restoran Ayam Penyet je ye. Aku ajak geng2 aku ni, sebab dorang ni dah biasa makan benda alah ni. Aku ni je yang tak penah. Jakun! Maka inilah menu aku beli. 



:: Rakusnya kami berlima makan ::
Bagi aku not bad lah rasa dia. Sedap jugak. Rasa nak repeat lagi. Tapi tak boleh ajak incik suami, sebab dia memang tak suka sangat benda2 gini. Fast food pun dia kureng. Kitorang makan ni kat Restoran Ayam Penyet. Selambe kan. Ada kami kesah. Muahaha. 

Setiap petang balik rumah, dihiburkan dengan keletah mereka pulakk.

:: Dah besar dah anak dara dan anak bujang ni ::

:: Aqil dan Anis ::

:: Aqil dan Hannan (anak mak mentua aku ngasuh) ::


Next aku akan cerita kisah weekend kami pulak k. Jumpa di next entry. Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan