05 Oktober 2012

Join The Walk




Apa aktiviti anda di hujung minggu ini? Shopping? Tengok wayang? Duduk rumah je? Ok, tak kisah lah apa pun aktiviti korang hujung minggu ni ye. Yang pasti kami anak beranak akan join program ni. Join the walk! Tetiba kan teringin nak. Apa salahnya aktiviti sihat bersama keluarga. Daripada dok terperap kat rumah tak buat apa2, jom ler kita bagi berpeluh sikit badan ni. Bukan lari pun, jalan je. Nama pun "walk" kan. Aqil? Mestilah kami bawak dia. Mana boleh tinggal dia tu. Tak lengkap tau kalau hidup ni tanpa dia. Memang wajib bawak dia sekali. Kami akan letak je dia dalam stroller. Boleh lah dia rehat2, minum2 susu, baring2 dalam stroller tu kan. Tak lah penat. Aku nak offer korang suruh join, tak boleh dah sebab tarikh tutup pendaftaran dah habis lah 30 September aritu. Lain kali lah ye. Ok lah dah la bebelan petang2 arini. Sambung pulak nanti2. Dah petang2 Jumaat ni mula lah perasaan malas nak buat keje menebal sangat. Nak2 pulak baru balik dari Sogo, lagi lah malas nak mampus dah aku. Ok sekarang nak layan game dan Instagram je dah. MALAS NAK BUAT KEJE! Babaiiii.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan