10 Oktober 2012

Ringankanlah penderitaannya

Sedih amat aku melihat keadaan bayi tersebut. Mengalir air mata tatkala aku membaca kisahnya, apatah lagi melihat gambar2 nya. Betapa tabahnya ibu kepada Ahmad Adam Syukri. Aku sebagai seorang ibu, tak dapat bayangkan bagaimanakah kalau aku ditempat beliau. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kurangkan lah penderitaan bayi tersebut. Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya hidup baginya adalah lebih baik, maka panjangkanlah umurnya, jika mati baginya adalah lebih baik, maka bantulah dia Ya AllahBukan niat aku nak nak mendoakan yang tidak baik untuk anak ini, tapi aku tidak sanggup melihat penderitaan bayi sekecil itu. Itu adalah yang terbaik. Biarlah dia tunggu ibu bapanya di sana nanti, InsyaAllah. Tapi, jika Adam boleh pulih seperti sediakala, Kau pulihkan lah dia secepat yang mungkin Ya Allah.

Semua ini telah ditentukan oleh Allah dan semua adalah sebahagian ujian daripadaNya kepada hambaNya. Kita yang tidak mengalami masalah sebesar Adam dan keluarganya, kita patut bersyukur dan jangan mudah lupa kepadaNya. 

Sedikit kisah tentang Ahmad Adam Syukri. Kisah ini diambil dari blog2 yang telah menyiarkan kisah Adam.

“Ahmad Adam Syukri dilahirkan pada 04.03.2012 dan telah mengalami brain damaged (severe hie) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Adam dilahirkan secara vacuum dan sewaktu kelahirannya Adam keluar  dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI pada 09.03.2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Adam juga perlu bergantung pada mesin sunction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan Adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak."






Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga keluarga Adam tabah. Sama2 lah kita doakan untuk Adam.
Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan dari segi kewangan, boleh salurkan ke:



NORAISAH BINTI MOHAMAD MALENA 
CIMB ACC: 02040007292201

Sumbangan dan doa anda sangat diperlukan. Tidak mengapa jika kita tiada kemampuan nak membantu dari segi kewangan, tapi bantulah dengan cara berdoa untuk anak ini dan share kan entry ini kepada yang lain supaya mereka yang lain dapat sama2 membantu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan