15 Oktober 2012

Tak sesuai

Dah hari Isnin dah ek arini. Cepat sungguh masa berlalu sekarang. Weekend pun tak rasa. Laju sangat berlalu. Rasa tak cukup rehat di waktu weekend. Mana tak rasa cepatnya masa tu berjalan, aku pun asyik berjalan je. Tak lekat kat rumah pun. Tapi bukan ke mana pun, balik rumah mak mertua je pun. Duduk2 sana 2hari. Pergi kenduri kahwin, pergi shopping, cepat la masa berlalu kan. Padan muka aku! Hahahaha.. Takde apa yang menarik pun weekend kami yg baru ni, just duduk rumah mak makan membesarkan badan. kenapa mak masak sedap sangat? 

Seronok sebenarnya berblogging ni. Tapi nak kena rajin. Nak kena ada idea baru boleh berblogging kan. Sekadar nak suka2 ade blog, tapi peram pun buat ape kan. Aku akan login blog ni bila aku rasa ada idea nak tulis. Sebab aku bukan jenis karang2 dulu kat kertas ke apa ke. Tak! Aku spontan punya orang. Ape terlintas, itulah tersurat kat sini. Takde tersurat2 nya ok! 

Blog ni pun salah satu ruang yang paling sesuai dan amat sesuai untuk meluah perasaan ke bercerita panjang2 ke, upload gambar banyak2 ke. Tapi aku tengok ramai yang suka meluahkan perasaan di FB. Korang rasa sesuai ke? Bagi aku tak! Kalau perasaan happy2 tu ok lah. Tapi kalau perasaan marah ke benci ke sedih ke, bukan di FB kot. Rasa macam tak sesuai pulak. Terutama masalah personal, FB bukan lah tempat yang sesuai meluahkan rasa tersebut. Katakan ada orang yang tak suka kita, pasti mereka akan tersenyum, tergelak, bertepuk tangan ke bila melihat status kita yang macam2 kat FB tu. Better di sini lah tempat nya. Sebab tak semua kawan kat FB tu tengok luahan hati kita kat blog ni melainkan kalau kita sendiri yang share link blog ni kat FB kan.

Aku hanya cerita2 kosong je pagi ni. Sebab kebetulan ramai pulak kawan2 kat FB aku meluah perasaan. Tapi aku tak tau dorang tu ada blog ke tak. Maybe takde lah tu kot. Cehh memandai je aku. Tapi kalau taknak berblog pun, tulis dalam diari pun ok ape! Baru nampak klasik sikit kan! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan