03 Oktober 2012

Moga cepat sembuh

Harini aku ada semangat lah nak menaip, mengarang, bercerita, berceloteh dan sebagainya lah. Mood baik punya kot arini. Lagipun aku dah lame tak menjengah ke sini. Bukan takde masa, tapi kemalasan yang sangat tinggi menghalang aku nak ke sini. 

Perjalanan hidup aku sekarang sama seperti biasa. Semakin bahagia dan gembira bersama dua orang hero aku. Hero besar dan hero kecik. Bapak dan anak. Anak aku dah semakin besar dan pandai. Sejak dah makin pandai cakap ni, bukan main lagi dia. Sikit2 "mama,mama". Pastu nanti "ayah, ayah". Nak suruh kita ni layan dia main je. Seronok sangat tengok anak. Bila penat2 balik kerja, stress lagi kat tempat kerja, takde mood seharian ke, bila balik tengok muka dia, terus hilang semua rasa tak best tu. Memang bermakna dan bahagia sangat bila balik rumah setiap hari. Rasa macam nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi apakan  daya, keadaan tidak mengizinkan. Tapi takpe, janji anak aku ok tinggal dengan pengasuh, syukur alhamdulillah.

Bercerita pulak tentang bapaknya. Kalau korang2 ada add FB aku, mesti korang dah tau sikit2 pasal kesihatan bapaknya yang tak berapa nak baik sejak kebelakangan ni. Semputnya semakin menjadi2 sejak kebelakangan ni. Sejak dari raya puasa aritu sampai lah sekarang, non stop ok dia kena attack. Aku yang takde semput ni pun boleh kena semputnya tau jaga orang yang semput ni. Semua gara2 panik dan gabra semua ada time dia kena teruk tu. Dah lama aku bising kat incik suami suruh pergi check, tapi dia ni seorang yang sangat degil dan colas makan ubat ye kawan2. Akhirnya hari Khamis minggu lepas dia mengalah. Sebab dah tak tahan dengan keadaan diri dia sendiri yang asyik kena attack tu.

Hari Khamis tu dia call aku kata balik rumah jap sebab ambil pam. Sesak nafas lagi ni kata dia. Aku pun terus kata pergilah hospital. Sebab masa dia cakap dengan aku tu memang dah tercungap2 dah suara dia. Sape tak risau kan. Aku kata jangan pergi klinik, sebab klinik nanti bagi gas je and terus suruh balik. Kalau hospital ni dia boleh lah check betul2 apa yang patut kan. Akhirnya dia mengalah dan terus pergi ke Hospital Putrajaya. Sampai2 sana, katanya doktor bagi gas dan check apa semua lah. Yang peliknya doktor Hospital Putrajaya tu keluarkan surat suruh refer ke Klinik Kesihatan Presint 9. Pelik tak? Sepatutnya KK P9 yang keluarkan surat suruh refer tapi ni terbalik. hahahaha..kelakar!

Jadi, Isnin tu aku ambil keputusan untuk cuti sebab nak temankan dia pergi checkup kat P9 tu la. Sanggup ni ok. Sape tak sayang laki oiii. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan takde apa yang perlu dibimbangkan. Doktor dah bagi penerangan dan sekarang incik suamiku dah kena pakai dua inhaller ok. Semput dia dah naik ke stage seterusnya. Tu yang kena pakai sampai 2 inhaller. Lega sikit rasa hati aku. Ada lah nampak kurang sikit, kalau tak malam dia langsung tak boleh tidur. 2hari ni alhamdulillah. 

Best lah pergi KK P9 tu. Sistematik sangat. Nak jumpa doktor, kena scan kad. Nak ambil ubat pun scan lagi kad kita tu. Memang best, takdelah macam hospital2 kan. Masih guna kad la buku la. Kadang2 sampai tercicir no giliran kita. Ini tak, memang ikut turutan je. Jangan risau lah nama kita tak dipanggil. Yang penting kena scan lah kad tu ye. Servis kat sana pun sangat cepat. Sistematik dan cepat! 

~Moga suami saya cepat sembuh!~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan