08 Oktober 2012

Riadah

Sabtu aktiviti bersukan kan. Hari Ahad pulak kita buat aktiviti riadah ok. Jalan2 tengok pemandangan. Seharian dok rumah. Dah boring ok. Dah puas tidur, bangun makan pulak, pastu tengok tv pulak. Last2 tak tau nak buat apa, kami pun keluar lah bawak si kecik tu. Jalan2 sekitar Putrajaya je. Naik motor je lah ye qiqil oi. Sekali sekala bawak qiqil naik motor, memang best. Dia pun suka. Sebelum gi jalan2 tengok pemandangan Putrajaya tu, aku ajak incik suami try roti john popular D'Putrajaya kat Taman Warisan tu. Hmm.. komen aku ok2 je lah. Tak umphh lagi lah bagi aku. Aku pun pelik macam mana lah gerai tu boleh masuk dalam JJCM aritu. Ingat kan terbaik sangat lah. Takdelah sangat ok. Sorry tuan kedai. Not my taste sangat lah. Roti john kat kampung aku tu lagi terbaik ok! Ever and ever!


:: Comel tak saya ::
 Haaa..tu dia! Sebelum memulakan perjalanan, ciri2 keselamatan jangan dilupakan ye! "met atil? met atil?"(helmet aqil? helmet aqil?) kata2 aqil ketika mencari helmet nya. Pandai anak mama!

:: Roti john ayam ::
 Ni lah dia Roti John Popular D'Putrajaya tu. Biasa2 je. Beratur memang panjang lah. Tak tau lah sebab sedap ke sebab dah masuk dalam JJCM tu ke. Tapi bagi aku sebab dah masuk dalam JJCM tu kot. Sebab rasanya aku rasa biasa je. Tak mengancam sangat lah bagi aku. Sorry!

:: Coconut shake ::
Coconut shake yang menyegarkan. Not bad lah. Boleh lah hilang2 dahaga. Dah cair dah aiskrim sume. 

:: Masa mula2 sampai ::
 Lupa nak bagitau kan aku pergi beriadah kat mana. Hahaha. Sori2. Kitorang pergi Menara yang macam roket tu. Apa ek nama dia. Oh ye! Namanya Monumen Alaf Baru (Millennium Monument) yang terletak di Presint 2 Putrajaya tu. Ok lah tempat ni, memang best. Memang cantik view dia. Nampak masjid, nampak bangunan2 yang cantik. Dok pulak tepi tasik kan. Memang berangin je. Tenang rasa. Sesuai sangat kalau nak bawak anak2 main2 kat sini. Takdelah taman permainan. Tapi adalah kawasan nak bawak anak main basikal ke, kereta control ke. Siap ada rumput tempat kita boleh bersantai macam berkelah tu k. Semalam siap ada yang bawak tikar berkelah makan2 kat situ. Best je aku tengok!

:: Bapak memimpin tangan anaknya ::

:: Masa mendaki ke menara ::

:: Berlatar belakangkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ::











:: Sungguh cantik, best dapat tengok sunset kat sini ::




:: Kami ::






 Sampai dekat pukul 7 jugak lah kitorang kat sini. Memang best. Lain kali nak datang lagi. Nak bawak basikal or kereta aqil pulak datang sini. Bagi dia main2 kat sini. Lagi satu, lupa aku nak cakap, kalau korang nak feeling makan macam tepi laut dengan angin sepoi2 bahasa, kat sini ada restoran ok. Aku tak try makan pun semalam, lalu je. Sebab kenyang kan baru lepas makan roti john tu. Kalau weekend2 korang rasa takde apa nak buat kat rumah tu, bawak lah anak jalan2 kat sini k. Parking kereta pun senang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan