25 November 2011

Bunga April

Saya baru perasan pagi tadi yang hari Isnin 28 November ni cuti rupanya. Memang serius tak ingat. Padahal malam tadi incik suami ada mengajukan soalan kepada saya bila cuti Awal Muharam. Dengan selamba saya jawab 28 haribulan = hari Isnin. Tu lah jawapan saya. Saya tak teringat pulak yang semalam tu dah 24 November rupanya. hahaha... Apa lah aku ni. Cuti 3 hari ni tak ke manalah aku nampak gayanya. Duduk je lah kat rumah kami anak beranak. Berehat-rehat setelah penat bekerja 5hari seminggu. Best

OK lah kita lupakan lah cerita pasal cuti tu, saya nak cerita yang sekarang saya dah minat lagi satu drama tv3. Drama Bunga April yang ditayangkan setiap hari Selasa - Khamis jam 10.30 malam. Sekarang baru episod 3. Mula2 episod dah nampak menarik. Mungkin saya akan terus tertarik untuk menontonnya. Harap2 saya boleh lah ye bertahan sehingga jam tersebut. Maklumlah saya ni jenis yang tidur awal. Jarang lah melebihi 10.30 malam.




Slot Samarinda Bunga April ini dibintangi oleh Shah Jaszle, Zach (X-Factor), Tasha, Noniswara, Mustapha Kamal dan Aida Aris. Saya kongsikan lah sinopsis drama ni ye.


Sinopsis Drama Bunga April

Bunga April menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi diwarisi Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.

Johar, anak tiri Tan Sri Azmi, hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan dibuat Puan Sri Hamidah.

Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp dan syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.

April anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas dimiliki April.

Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Jangan lupa menyaksikan Bunga April yang bersiaran 25 episod, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Samarinda  di TV3 bermula 22 Nov 2011.

23 November 2011

Goalkeeper @ Pelumba Motor

Khairul Fahmi Che Mat satu nama yang bukan lagi asing di Malaysia. Satu nama yang kian disebut-sebut, diagung-agungkan, dibangga-banggakan. Memang tak sia-sia usaha beliau selama ini. Beliau lah goalkeeper terulung Malaysia. Syabas KFCM! Pernah suatu ketika dahulu namanya disebut-sebut bukan kerna hebatnya dia sebagai seorang penjaga gol. Tapi pada ketika itu, namanya disebut-sebut dan digembar gemburkan dek kerana putusnya ikatan pertunangan di antara dia dan Elia @ jejariruncing.blogspot.com. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan. Bagi saya, semua sudah tertulis. Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Jadi tak perlulah kita mahu menuding jari kepada siapa salah siapa benar dan pada siapa yang kita mahu salahkan di antara mereka berdua. Itu urusan peribadi mereka. Jadi biarkan mereka dengan kisah peribadi mereka itu. Tak perlu kita mahu menafsir pelbagai tanggapan negatif kepada kedua-dua insan ini. Sebenarnya saya adalah salah seorang follower blog elia @jejariruncing.blogspot.com sejak dari zaman diorang bercinta lagi. 

Eh.. apa sebenarnya yang saya mahu cerita ni. hehehehe.. Dah meleret-leret kan. Takpelah, sambil menyelam minum air. Minum air sampai kembung ye. hahahaha.. Kalau korang nak tahu, KFCM ni bukan sahaja penjaga gol yang bagus, dia juga sebenarnya pelumba motosikal yang bagus.. Korang tak percaya? Mari....mari saya tunjukkan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
~~lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalala~~

..sroll lagi..













































































tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Percaya tak sekarang? Hehehehe... Percaya kan. Saya tak tipu!

Lega

Harini saya berasa sedikit lega bila kerja yang berlambak-lambak beberapa minggu lepas telah selamat diselesaikan. Rasa sangat lega. Dah tak payah nak selak-selak buku servis lama-lama tu. Dah tak payah nak rasa gatal-gatal tangan bila pegang buku-buku servis tu. Maklumlah buku lama-lama kan. Entah ada hama agaknya. Bila pegang lama-lama je, mula lah mengenyam tangan ni gatal. Mujur lah tak naik merah-merah pulak. 

Petang semalam saya selesai emelkan senarai tu kepada semua negeri ikut negeri masing-masing. Lega! Sekarang saya hanya tunggu semua negeri emelkan semula final listing kepada saya je. Tunggu...tunggu...tunggu. Cepatlah berakhir tugas ni. Saya tak suka lah nak buat kerja-kerja macam ni. 

Tapi, bila dah takde kerja duduk je malanguk macam ni, boring jugak. Pagi tadi je saya ada kerja sikit. Lepas tu sehinggalah sekarang saya relax je. Langsung takde kerja. Boring pulak! Ada kerja salah, takde kerja pun salah. Ishh.... Kesudahannya saya asyik mengadap blog dan facebook je. Bukan sekadar mengadap blog je, asyik nak menaip je. Gatal sungguh jari jemari saya ni kan. Kesimpulannya, bakal ada beberapa entry lah yang akan muncul dari blog saya harini. Selamat membaca~~~~~

Situ Sana Sini

Wahhh.. Dah macam tajuk lagu dah. Pinjam tajuk lagu ye Dato' Siti untuk saya buat entry kali ni. Best lagu Dato' Siti yang ni tau. Saya suka Dato' Siti ! Eh, apa pulak aku merepek ni.
-
-
-
-
-
-

Sebenar-benarnya saya nak cerita satu kisah benar ni. Memang benar sangat ni. Perkara yang membuatkan saya sedikit stress. "Sikit ke? Macam banyak je." Ahh..abaikan lah sikit ke banyak, yang penting saya nak cerita jugak. Sebenarnya, sekarang saya mengalami masalah berpakaian. Saya mengalami masalah ketat sana, ketat sini, ketat situ, ketat sinun. Boleh kata semualah. Tension tau. Nak keluar berjalan2 pun kadang2 rasa tak yakin, tak selesa, tak suka dan berbagai2 rasa yang "tak" lah. 

Kenapa perkara tu terjadi? Dah tentulah sebab badan saya yang dah semakin mengembang. Uwaaaaaaaaaa.... nak nangis bila memikirkan. Hilang terus segala keyakinan diri. 

Kenapa badan mengembang? Uwaaaaaaa..soalan yang sangat menikam kalbu. Ni semua gara-gara salah saya sendiri lah yang tak pandai nak control makan. Dah lah tak control makan, pastu exercise jauh sekali. Padan muka kau Ekin! Tapi kan, saya dah cuba control makan. Dan saya berjaya dapat hasilnya apabila berat saya turun sebanyak 4kg. Seronok bukan kepalang time tu! Sekarang? Oh, kembali naik berat badanku. Terus menerus tension dan berfikir bagaimana hendak turunkan berat badan ni.

Alhamdulillah dalam masa beberapa minggu ni saya cuba kurangkan makan, nampak juga hasilnya. Incik suami pun ada tegur nampak kurus sikit. Girang lah jugak hati ni. Hehehe... Saya akan teruskan lagi usaha saya yang tak berapa nak gigih tu. Hehehehe..

Kadang-kadang cemburu jugak tengok orang yang slim melim je. Padahal orang tu pun dah ada anak. Ada yang dah 2 3 orang anak. Still comel je badan dia. Saya? Toksah cakap lah. hahaha.. Eh, jangan korang salah sangka pulak, saya takdelah seorang yang sangat gemuk sekarang. Cuma perbezaan dulu dan sekarang nampak ketara lah. Dah ramai yang tegur. Itu membuatkan saya lagi bertambah tension.

Semakin tertarik




Setakat beberapa minggu dan beberapa bulan ni, memang saya tak pernah miss lagi menonton dua drama ni. Episod pada minggu ini bagi kedua-dua drama ini, membuatkan saya semakin tak sabar nak menunggu episod seterusnya. Macam tentang dhia ok la kot, sebab tayangan Isnin -  Khamis. Jadi, takdelah menguji kesabaran sangat. Tapi kalau cinta ellysa tu, memang tak sabar betul nak tunggu hari Selasa. Rasa lama benar nak tunggu hari Selasa berikutnya. Dahsyat kan penangan drama-drama pada saya kan. Maklumlah penggemar drama. Apa-apa drama pun saya suka tonton. Janji drama tu best, comfirm layan lah. Dua drama ni memang membuatkan saya semakin tertarik menarik memang da bomb lah. Hahahaha....

21 November 2011

Nak bercakap pun tak semangat

Kerja semakin banyak dan banyak. Saya bukan mengeluh. Tapi mengadu domba je. Hahahaha.. Sejak akhir-akhir ni banyak benar kerja saya. Ni semua gara-gara keputusan dalam bajet 2012 lah. Saya kena senaraikan semua nama-nama pegawai kontrak di JASA yang dah bersara. Penat betul nak selak balik buku-buku servis lama. Satu Malaysia punya orang saya nak kena senaraikan. Bukan sikit. Memang banyak lah. Ni dah masuk  minggu kedua saya buat, tak siap-siap jugak. Tak tahu lah bila nak siap. Selagi tak siap, selagi tu lah saya rasa tak tenang. Sebab kerja tu dah diamanahkan kepada saya, jadi saya kena buat dengan betul dan cepat. Penat memang penat. Sampai takde semangat lah nak bercakap-cakap macam selalu. 

Sekarang saya lebih banyak diamkan diri di tempat sendiri. Meneliti, menyelak, menyemak, mencari dan macam-macam lagi lah perkara berkaitan pencarian pegawai-pegawai yang dah bersara ni. Memang sedikit rumi. Tapi alhamdulillah dah hampir 80% saya siapkan. Hanya tinggal nak hubungi semua negeri untuk step seterusnya.

Lepas tu, hari Jumaat lepas pegawai saya baru bagitau yang kami di Unit Sumber Manusia ni bakal dibekukan cuti mulai 16-30 Disember 2011. Saya tak berapa kisah pasal cuti tu, sebab saya ni memang seorang yang jarang amek cuti. So, takde effect apa2 pun pada saya pasal cuti tu. Yang saya runsing bila dikhabarkan mulai tarikh 16-30 Disember tu adalah tahap kritikal sibuk kami di sini. Kenalah terima seadanya bila dah duduk Unit Sumber ni. Sebagaimana korang tahu (yang mana kerja gov), kan akan ada pertukaran sistem baru iaitu dari SSM kepada SBPA. Benda ni lah yang akan membuatkan kami semua sibuk. Sibuk yang teramat sangat. Macam mana lah nanti. Saya ni nak balik lewat susah. Ye lah anak tinggal dengan pengasuh. Kalau dulu mak mertua jaga boleh lah.

Saya dah penat..................~~~~

19 November 2011

Kenapa ek?

Sabtu bersamaan 19 November 2011 saya hanya tinggal bersendirian bersama my lil prince di rumah mak mertua saya. Mak mertua saya serta adik-adik ipar saya takde, pergi kenduri di Ricnhing. Incik suami pun takde, pergi kenduri di Rawang. Kenapa saya tak ikut? Hmm...saya dan si kecik kena duduk rumah, sebab si kecik tak sihat lagi. Jadi tak boleh lah saya ikut. Dok rumah lagi seronok lah saya rasa. Tak penat. Boleh baring2. Boleh online. Boleh update blog dan macam2 lagi benda lah boleh buat.

Tengah harini saya masak gulai tempoyak ikan patin. Perghhh memang sedap (masuk bakul angkat sendiri). Maklumlah makanan kegemaran saya. Sentiasa sedap je saya rasa. Hehehe. Saya kirim kat mak pagi tadi, minta mak tolong belikan ikan dan tempoyak tu kat pasar tani. Lauk tu je saya makan. Dah cukup kenyang dan puas rasanya. Tak perlu ada lauk lain lagi.

Sebenarnya entry kali ni saya bukan nak cerita pasal makan ke pasal saya tinggal sorang ke. Tapi sebenarnya saya nak cerita pasal kerunsingan hati saya terhadap anak comel saya ni. Sebagaimana kawan2 semua tahu, dia dah seminggu demam panas. Dan bila saya bawa dia ke Klinik Kita di Wangsa Maju tu alhamdulillah OK keadaan nya. Demam nya pun surut. Tapi tak semena2 semalam ada bintik2 merah di muka dan leher. Bintik2 merah tu macam ruam. Gatal saya rasa. Sebab saya nampak dia garu2 je pada leher dia tu. 

Malam tadi saya dan incik suami bawa dia ke klinik tu semula untuk mengesahkan kenapa keadaan dia jadi begitu. Doktor di situ cakap, dia pun tak sure. Katanya, maybe alah pada ubat antibiotik. Dan ada satu lagi kemungkinan, mungkin disebabkan demam panas yang sebelum ni, dan bila dia nak pulih bintik2 merah tu memang akan timbul. Dia hanya beri ubat makan (gatal) dan ubat sapu. Saya risau bila tengok merah2 tu mulai banyak. Korang tahu tak kenapa.. Betul ke apa yang doktor cakap tu ek. Kalau tahu, share lah dengan saya ye.

18 November 2011

Demam lagi

Harini dah masuk hari ke-5 my lil prince tu demam. Risau sungguh. Suhu dia turun naik. Hari Rabu pagi2 lagi kami dah keluar rumah dari Putrajaya untuk bawa balik aqil ke rumah mak mertua di Taman Melawati. Risau lah kalau pergi kerja dan dia tinggal kat rumah umi. Bukan saya tak percaya umi, tapi jauh pulak kalau tetibe Umi call suruh balik sebab aqil demam. So, kami ambil keputusan minta tolong mak jaga aqil untuk beberapa hari ni. Jadi kami pun bermalam lah di rumah mak dalam beberapa hari ni.

Semalam petang dalam pukul 3, mak call kata suhu aqil semakin tinggi. Jadi kami pun balik awal. Memang betul. Sampai je rumah, saya tengok dia baring je atas tilam. Selalu dia takkan macam tu. Dia mana pernah duduk diam je. Dia hanya duduk diam masa dia tidur je. Kalau dia tak tidur, tak menang kaki tangan nak kejar dia ke sana sini.

Kami bawa dia ke klinik di Wangsa Maju. Bila doktor tu check suhu dia, dah 39.1. Wahh! Tinggi betul. Macam-macam nasihat doktor bagi pada kami. Dan berbagai-bagai jenis ubat juga lah aqil dapat. Dia dah la 'colas' makan ubat. Meraung-raung bila kita bagi dia makan ubat. Tapi terpaksa, nak buat macam mana kan.

Alhamdulillah nampak kurang sikit demam dan cirit birit nya. Malam tadi pun tak meragam macam selalu. Suhu badannya pun tak sepanas macam sebelum2 ni. Lega rasa hati ni. Kalau tak selama 4hari tu menahan perasaan je. Hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh je. 

Pagi tadi sebelum saya pergi kerja, sempat lah saya bagi dia makan ubat dulu. Saya nak cepat dia sembuh. Susah hati bila tengok dia macam tu. Dan satu benda yang baru saya tahu semalam. Patutlah aqil demam, 2batang gigi atas baru je keluar semalam. Mungkin disebabkan tu lah dia demam kot. Harap2 harini dia dah baik seperti biasa lah. Saya rindu aqil yang lincah suka pergi sana sini tu. Yang taknak dipegang atau didukung tu. Saya rindu sangat nak layan telatah dia yang cute tu.

Ikut kan hari Ahad ni saya kena pergi bengkel PSTM di PD selama 3 hari. Tapi saya terpaksa tarik diri. Biarlah saya tak pergi bengkel tu, janji saya berada dekat di samping anak saya.

14 November 2011

Penat

Lepas je balik dari kampung semalam, saya dan incik suami saje je gi jejalan kat JJ Balakong. Boring kan nak balik rumah tak tahun nak buat ape. So, kami pun bawak la si kecik jalan2. Kami penat, dia lagi lah penat kan. Macam kita ni orang dewasa2 ni kalau penat tak kisah, masih boleh buat itu ini. Tapi kalau budak kecik penat mulalah. Nak2 nya my lil prince ni. Memang tak boleh penat. Kalau penat, mulalah demam. Malam tadi tak pernah2 dia meragam tengah2 malam, boleh pulak dia meragam. Memang petang tu saya dah rasa dah yang badan dia deda2. Bila check suhu, dah 37.7 darjah celcius. Uish dah mula demam ni kata saya kepada incik suami. Saya pun bagi dia makan ubat demam dan titis kan ubat selsema dalam hidung dia. Lepas tu saya tidurkan dia. Memang masa tu dah meragam dah. Saya ni tak boleh tengok bila anak demam, mula lah risau tak tentu arah. Lepas solat maghrib terus saya baca yasin dan buat air yasin. Saya sapukan air tu pada kepala dia dan bagi dia minum. Alhamdulillah lega. Turun suhu badannya. 

Bila time pukul 9.30 dia tidur. Tapi tengah malam dia jaga dan merengek. Tak tahu kenapa. Badan dia tak panas. Saya rasa sebab gusi dia sakit kot. Sebab bila gigit puting tu, dia asyik kunyah2 je puting tu. Saya rasa gusi dia memang bengkak. Kesian sungguh. Sebab tu agaknya dia meragam tak selesa. Maka nya saya dan incik suami pun bergilir2 menidurkan dia. Mujur tak lama, kalau tak mahu mengantuk saya harini. Tapi kepenatan tu tetap terasa. Saya ni bukan boleh tak cukup tidur. Mulalah macam2 rasa dah ada ni.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, memang rasa badan dia deda2 lagi. Tapi saya dah tampalkan kool fever. Dan saya juga dah bekalkan ubat demam kat rumah umi. Tadi saya ada call umi, umi kata dia ok tak demam, cuma dia meragam je. Asyik merengek je. Mungkin hidung dia tersumbat ke, gusi dia sakit ke kan. Cepat lah sembuh anakku. 

Vote for AQIL RIZQIN

Saya nak minta tolong kawan2 semua yang ada menyinggah dan melayari blog saya ni. Saya nak minta vote kan for my lil prince tu. Anda just klik link ni dan like pada gambar si kecil tu. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi like that picture.


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=302809696405523&set=a.300623206624172.82330.152878094732018&type=3&theater

Kahwin

Kalau merujuk kepada tajuk tu, bukan dituju pada saya ye. Hehehe.. Maklum lah sekarang kan musim cuti sekolah, ada je majlis kahwin di sana sini. Saya sekeluarga tidak ketinggalan mendapat jemputan di sana sini tu. Minggu lepas yang baru berlalu ni (12.11.2011) sepupu saya sebelah abah telah melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati. Memang muda sepupu saya ni. Jodoh di usia yang begitu kan. Semua dah ditentukan Allah S.W.T. Kita hanya merancang, tuhan menentukan segalanya. Tahniah kepada sepupu saya tu. 

Jumaat 11.11.11 (menarik jugak tarikh ni) hehehe.. Saya dan incik suami telah ambil cuti sehari. Ni semua gara-gara nak balik ke my hometown lah. Untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut. Saya seronok sebab semua saudara-mara saya ada. Meriah lah. Dah lama tak jumpa sedara mara, macam ni lah gayanya. hehehe.. Saya duduk sana 3hari 2malam. Tapi incik suami 2hari 1malam je. Hari Sabtu dia terpaksa balik KL sebab dia kena menjadi urusetia untuk program di Seri Pacific Hotel. Maka saya terpaksalah balik drive sendiri bersama-sama aqil dan sepupu saya. Nasib baik lah sepupu saya ada nak tumpang saya, kalau tak susah lah saya nak bawa aqil. Mana tak nya, dia punya car seat tinggal kat rumah tak bawak. Jadi kenalah sepupu saya tu pegang aqil.

Bercerita kembali pasal majlis perkahwinan tu. Banyak jugak gambar yang diambil. Dan majlis nya boleh tahan meriah. Buat majlis kat kampung kan. Murah-murah je semua. Sepupu saya ni dapat package yang best dan sangat murah pada pandangan saya. Pelamin, baju bersanding + baju potong kek, segala aksesori untuk bersanding dan nikah, set meja makan, makanan berhidang untuk meja pengantin dan dekorasi untuk kek, semuanya hanya RM 1700.00 sahaja. Murah kan? Dulu saya kahwin pun takdelah dapat package semurah ni. Dah lah murah, pastu makeup dan baju semua boleh tahan cantik. Takdelah nampak kuno sangat style nya. Memang the latest punya style lah kiranya. Mari saya share serba sedikit gambar2 yang ada. Jom kita lihat bersama-sama!

:: Cousin2 ku ::

:: Masa majlis akad nikah ::

:: Berarak ke pelamin ::

:: Pelamin yang nampak simple tp menarik lah jugak ::

:: Saya suka decoration tuk kek ni ::

:: Dekorasi meja makan ::

:: Memotong kek ::

:: Makan makan ::

:: Saya rasa nak je gaun ni..hihihi ::

Itu lah antara gambar-gambar yang saya boleh share. Kalau nak share semua, memang tak cukup ruang lah kat sini. Hehehe.. Ni semua bukan di'snap' oleh saya. Saya just curi daripada sepupu saya. Hehehe. Tu sajalah untuk harini. Jumpa lagi di next blog ye. Papaiiiii...

10 November 2011

Dunia Umpama Neraca Hidup Ibarat Layang-Layang



Langit yang cerah, dihiasi layang-layang indah tenang mengikut alunan angin yang membawanya. Bebas ia bergerak ke kiri dan kanan di tiup angin senja. Semakin lama semakin jauh ia terbang meninggalkan kehijauan yang melambai-lambai pemergiannya. Cukup indah dan damai. 

Namun, hakikatnya, masih wujud satu hubungan yang tidak dapat memisahkan ianya dengan erti sebenar kebebasan. Kebebasan yang jika dilihat dari zahirnya. Namun jika direnung, ianya tidak pernah mengenal erti kebebasan. Di sebalik kemegahannya terbang di udara, masih lagi kelihatan seutas benang yang masih mengawalnya dari jauh. Seutas benang yang samar-samar ia kelihatan di liputi silauan cahaya senja. Yang dikawal ianya mengikut tiupan angin. Kuatnya angin berlalu pergi, maka akan jauhlah ianya bebas melihat keindahan ciptaan Illahi. 

Namun jika suramnya tiupan angin, beransurlah ia melayang-layang menyembah bumi. Segumpal benang ditarik dan dilepaskan mengikut rentak awan dan di pengakhirannya, rebahlah layang-layang yang selama ini disangka bebas mengemudi sayapnya di awangan. Bagaikan kehidupan yang dilalui seorang hamba yang bergelar insan. Yang hidupnya penuh dengan pantang larang ciptaan manusia.

Dalam ranjau kehidupan ku ini, aku sering tertanya-tanya di hati kecil ku. Adakah ini takdir kehidupanku untuk mengajar aku menjadi insani yang bergelar manusia. Mengenal segala erti sabar, tabah, syukur dan menghargai? Mengubah aku menjadi seseorang yang berguna? Yang dahulu kalanya putih suci kini dicemari dengan kehitaman. Warna yang mengubah hampir setaraf warnanya. Namun, masih ada lagi sisa-sisa putih yang kini bertukar warnanya menjadi kelabu. Yang perlu diputihkan kembali dengan sejumlah besar warna putih walhal hanya setitik warna hitam. Takkan berubahnya warna yang tercemar jika warna hitam itu tidak dibuang kesemuanya. Kerna warna hitam itulah punca segala-galanya. Punca segala kekotoran yang ada.

Puluhan angka kini meninggalkan belasan usia, tempat ini banyak mengubahku. Mengajar aku apa itu satu, dan pecahan kepada satu. Mengajar aku bagaimana terciptanya alunan muzik yang hanya dengan seutas tali menjadi melodi yang cukup enak didengar. Seutas tali yang jika dipetik menggetarkan bunyi yang membingitkan telinga, namun jika ditambah dengan temannya dengan petikan yang berkonsepkan irama, cukup indah. Cukup indah dengan iringan suara yang merdu hingga terciptanya sebuah lagu. Lagu yang takkan lapuk ditelan zaman. Yang bisa menghiburkan walhal wujudnya generasi baru.Erti satu...

Namun, perubahan itu tak semudah yang disangka. Kerna sesuatu benda yang paling sukar untuk berubah adalah perubahan. kebiasaan itu sudah sebati dalam jiwa yang membesar. Ku Imbaskan kembali kenangan silamku. hutan batu yang dibina manusia seringkali menjadi rumahku serta syurgaku. Meredah aku ke sana ke sini hingga ketemu jua kembali putaran jarum masa yang sentiasa berputar. Berdetik waktu saatnya yang hanya hiburan ku kenal semata-mata. Tanpa ku kenal malam siangnya. Rakan yang sentiasa disampingku kadangkala hanya illusi semata-mata bagaikan wujudnya hanyalah sebuah mimpi. Melihat mereka yang seakan-akan tidak sabar untuk mengenal dunia. Tidak sabar mencapai usia segala2nya. Yang menjadi kunci segala rantai yang dimangga. Hingga yang terlarang menjadi pengukur tahap usia seseorang insan. Namun hakikatnya, itulah sebenarnya permainan insani yang sedang rakus mengenal dunia.

Kematangan itu banyak mengajar aku semuanya. Kesan buruk baiknya. Kadangkala, aku kelihatan tersenyum ketawa melihat gelagat insani yang baru mengenal dunia. Biarlah ia. Akan sampai satu tahap kesedaran dalam dirinya. Takkan sedarnya seorang insan tanpa balasannya. Tanpa merasa apa yang dicuba. Yang termampu hanya nasihat untuk difikirkan sejenak. Terpulanglah pada pendengarnya.

* Kalau ada masa terluang klik2 lah link ni. http://mrblueberrylife.blogspot.com/

Kerja + Jimat jimat.....

Hari ni seawal jam 6.30 pagi saya dah keluar dari rumah. Awal kan? Ha'ah memang awal. Terpaksa keluar awal, sebab harini saya kena drive sendiri pergi kerja. Selalu naik motor je ngan incik suami. Tapi harini incik suami tak pergi pejabat, sebab dia ada program di Uniten. Dekat je lah dengan rumah kami kan. So, buat apa dia nak susah-susah pergi office di KL kan. Terpaksa lah saya drive sendiri pergi kerja. Sampai pejabat pun awal. Pukul 7.30 saya dah sampai. Memang awal betul. Saya  punya punch card WP2.

Boring lah dok opis harini. Semua pegawai kat unit saya takde. Ada yang pergi kursus, ada yang cuti. Tinggallah beberapa kerat je kerani yang ada. Kerja? Kerja saya semua dah settle semalam.  So, harini bergoyang-goyang kaki lah saya. Seronok! Seronok plus boring. Nak main game pun, takde feel. Terus lah saya berfikiran untuk mengarang sedikit cetusan di blog saya ni.

Pagi ni saya bawak bekal datang kerja. Bekal apa? Biasa-biasa je. Nasi goreng. Memang malam tadi saje masak nasi, sebab dah tau nak bawa bekal harini. Jimat lah kan. Tak payah keluar duit. Maklumlah kita gaji takdelah besar mana. Incik suami pun sama lah. Jadi kena beringat lah sendiri. Nanti jangan bila dah tergadah baru nak sedar. (Eh, betul ke ayat aku tu)? Ahh, abaikan lah. Janji korang faham kan. Tengah harini takyah makan lah kot. Balik nanti boleh masak dan makan. Saya pun jarang makan tengah hari sebenarnya.

Hmmm...rasa boring pulak entry saya kali ni. Tak taulah kali ni je atau memang dah sejak azali boring kan. Takpelah, anda sebagai pembaca dan pengikut ada hak untuk menilai sendiri. Saya sangat memohon maaf jika entry2 saya ada mengguris hati sesiapa ke, ada yang buat sesiapa benci ke. Tapi sebenarnya semua entry saya, saya tak tuju pada sesiapa pun, hanya luahan hati ikhlas dari saya. Itu je. Harap jangan ada yang terasa hati lah ye. Saya seorang yang sangat open minded. Saya boleh terima apa sahaja teguran asalkan benda tu betul atas kesalahan saya sendiri. Jumpa lagi di lain masa dan di next blog.

09 November 2011

Wordless Wednesday

:: Comelnya dia ::

:: Sukanya dia :

Harini takde apa yang menarik saya nak ceritakan. Saya takde idea. Mungkin esok atau lusa adalah kot cerita-cerita yang saya nak kongsikan. Harini saya cuma nak katakan yang anak saya sangat comel. Kan kan kan?? Hehehe... Gambar diatas di'snap' pada hari Sabtu 05 November 2011. 

04 November 2011

Aidiladha

Kami tak ke mana pun raya korban tahun ni. Hanya balik rumah mak mertua je di KL. Mungkin esok tengah hari baru balik rumah mak mertua. Saya plan nak balik kampung saya dekat Raub, tapi tak kesampaian. Sebab minggu depan nak balik Bentong, sepupu saya kahwin. Kenalah pilih salah satu je, seperti mana yang saya telah luahkan dalam entry "Dilema + Berbelah bagi" tu. Tengah pasrah lah ni. Hehehe.. Takpe lah, saya kena memahami keadaan sebenar.

Ahad ni semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Kami tak berkesempatan nak ambil bahagian bagi kami sekeluarga untuk korban tahun ni. InsyaAllah di tahun-tahun akan datang kalau ada rezeki, boleh lah. Lagipun aqiqah aqil perlu dibuat sekali lagi. Sebab haritu buat untuk seekor kambing je. Jadi tak cukup lagi sebahagian. Tunggulah nanti.

Ok lah saya dah nak balik ni. Dah pukul 5 pun. Selamat bercuti semua! Dan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua! Mana yang balik kampung tu, berhati-hati lah di jalan raya. Biar lambat asalkan selamat. Babaiiiiii..

Gatal tangan

Tu lah pasal gatal sangat kan. Dah lain macam je blog aku ni. Eeee... Konon saya ni mengada-ngada nak edit-edit layout blog saya. Tu lah namanya mengada-ngada, dah lain macam je nampak nya. Nasib baik tak hilang segalanya. Kalau tak, puas nak cari balik semua. Ni lah kerja saya bila boring dan malas nak buat kerja.

Macam tu lah jugak saya bila duduk rumah. Memang tak boleh dok diam. Ada je benda saya nak tukar-tukar, alih-alih bagi nampak lain. Memang saya suka sangat. Kejap perabot tu kat sini, kejap perabot tu belah sana. Incik suami dah faham sangat perangai saya tu. Saya boleh buat sorang-sorang tanpa pertolongan dia. Memang setel saya buat sorang. Bila dah ubah semua rasa seronok dan puas. Setiap hari ada je idea dalam fikiran saya ni. Saya memang suka mengemas. Maybe hobi saya kot. Tapi kadang-kadang malas gak. Bila malas, malas betul.

Harini hari Jumaat, so rehat lama. Tak pergi mana pun. Dok diam-diam kat ofis je. Tu yang gatal tangan adjust sana sini tu. Dah bertukar gaya blog saya ni. Saya ni sebenarnya banyak kerja. Pegawai saya bagi saya banyak kerja betul ni. Tak urgent, tapi saya ni kalau selagi kerja tu tak siap, tak tenang betul hati ni. Masalahnya saya penat lah nak cari, bukak dan selak2. Opss...jangan salah anggap ye. Maksud saya, selak menyelak buku servis lama-lama. Sebab nak kena cari pegawai kontrak lama yang dah resign. Maklum lah dorang nak dapat duit peruntukan RM3000 daripada kerajaan. Jabatan saya ni terpilih. Jadi saya lah yang kena senaraikan nama-nama tu semua. Penatlah!

03 November 2011

Soffiya + Cinta Ellysa + Aaron Aziz

Saya pasti ramai yang meminati drama bersiri Soffiya di tv3 sekarang. Setiap hari Isnin - Khamis pukul 7.00 petang. Saya memang tak pernah tinggal lah drama bersiri tu dari episod 1 sehinggalah episod semalam. Setelah 25 episod kot saya tonton drama tu, baru semalam rasa puas hati saya timbul bagi drama tu. Puas hati betul bila watak Fiona (Izara Aishah) tu dah kena penangan atas perbuatan sendiri. Padan muka dia. Memang menjadi betul watak tu untuk dia. Berjaya buat kita semua benci dia. Tak sabar nak tunggu kesudahan kisah Soffiya tu.

Hari Selasa depan drama Soffiya tu dah nak tamat. Sebab hari Rabu akan ada drama bersiri baru lakonan Ady Putra. Saya tengok iklan tajuk drama tu KISAH DHIA. Macam best jugak tu. Kena tonton ni.

Drama Cinta Elysa jugak sangat menambat hati saya dan incik suami. Dari episod 1 jugak kami tak tinggal. Dua2 drama ni memang incik suami layan. Susah tau nak tengok dia layan drama melayu ni. Bercerita pasal drama Cinta Elysa ni mulalah saya rasa geram pada mak dia & teman lelaki mak dia tu. Eeeeeeeee...memang bikin panas betul. Mak dia tu taknak sedar2 diri. Dan saya telah meramalkan yang ayah Elysa telah mewasiatkan syarikat dia tu kepada Aril. Hahaha...pandai-pandai pulak kan saya nak meramal2. 

Saya minat Aril @ Johan As'ari tu daripada drama Juvana lagi. Tapi bila dah kisah dia dan Izreen tu keluar, jadi berbelah bagi pulak saya nak minat dia. Tapi tetap minat jugak. Buat2 lupa je kisah dia dan Izreen tu. Tapi Aaron Aziz tetap di hati. Hehehee...

:: Suka betul tengok dia ni ::

Drama Jiwa dan Lara dah tinggal2 dah episod nya. Bukan apa tak tahan lah mata ni nak tunggu pukul 10.30. Sebelum pukul 10.30 mesti dah zzzzzzzzzzzzzzzz... 
I'm so sorry ye abg aaron! hehehehe....

02 November 2011

Happy birthday My Lil Hero!

Harini tanggal 02 November 2011 genap lah 9 bulan umur hero kecik saya Muhammad Aqil Rizqin bin Mohammad Azhar. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi saya admit ward dan melahirkan si comel tu. Masa tu saya dah overdue. Saya admit ward 01 Februari 2011.

:: Muka boring kena admit ward ::
Terpaksalah semalaman duduk dalam wad di HKL tu. Memang ni 1st time saya masuk wad. Tak pernah-pernah hayat. Padahal masa ni takde rasa sakit pun. Kena admit sebab dah overdue seminggu. Sebelum admit tu, doktor check dulu, rupanya dah buka jalan 3cm. Tapi langsung saya takde rasa sakit. Doktor pun pelik. Tapi dah betul tak sakit kan. Semalaman saya tak boleh tidur, bukan sebab sakit atau apa. Tapi sebab perangai saya ni tak boleh bertukar tempat tidur. Mulalah tak boleh tidur. Keesokan harinya (02 Feb 2011) tengah hari sebelum makan tengah hari doktor minta saya masuk bilik di wad tu untuk check laluan keluar baby. Bila check rupanya dah buka 4cm. Tapi saya still tak sakit pun. Sampai doktor & nurse tanya betul ke. Dah betul, takkan saya tipu kan. Suka betul anak mama ni duduk dalam perut ye. Sampai tenang je duduk dalam perut mama. Thank you sayang! 
Kemudian saya terus ditolak ke Labour Room. Masa tu pukul 1.00 tengah hari dah. Lepas nurse pecahkan air ketuban, terus rasa sakit datang kerap-kerap. Sehingga lah pukul 5 lebih. Dan lahirkan si kecik ni. Sepanjang proses contruction, incik suami sentiasa ada di sisi saya sehinggalah aqil lahir. 

:: Usia Aqil baru beberapa hari ::

Sungguh berbeza rupa Aqil masa kecik dan sekarang. Tapi perangai dia tetap sama. Senang betul jaga Aqil ni dari kecik sampai lah sekarang.




And now Aqil dah merangkak. Dah nak pandai berjalan. Dan semalam saya tengok dia dah pun tumbuh gigi pertama dia. Setelah sembilan bulan menanti. Akhirnya keluar juga gigi dia. 

Happy birthday 9 months sayang! 
May God bless U
..Mama & ayah sayang sangat Aqil..

9 Golongan Orang Yang Sembahyang

This entry ni pun saya copy and paste je dari http://strongjohn2u.com/blog/info-islam/ . Kalau ada masa, klik2 lah link tu. Saya saja2 je nak share apa yang saya dah baca harini. Sebagai renungan kita bersama. 

solat 252x300 9 GoLoNGaN oRaNG YaNG SeMBaHYaNG
Solat dapat menghindarkan kita dari pelbagai kemungkaran

Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu bagaimana hendak sembahyang. Imam Malik berkata jatuh kafir kalau yang tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie berkata jatuh fasik (masuk neraka juga) kalau ia masih yakin bahawa sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan mereka masih tidak betul, taklid buta, ikut-ikut orang saja. Tidak pernah belajar sembahyang secara rasmi atau tak rasmi. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tidak boleh melawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik, ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tidak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk, kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia sendiri tidak faham, fikirannya tidak terpusat atau tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya, ini kerana ia tidak faham apa yang dibaca. Cuma menghafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada duniawi serta alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tetapi tiada penghayatan dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara duniawi, dek kerana faham sahaja tetapi tiada penghayatan. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi masih main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tetapi terjadi juga. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya ditahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba perbaiki semula, tetapi masih tidak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa-apa. Allah masih belum lagi cintai orang seperti ini.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak sedikitpun mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin  (yang hampir dengan Allah)

Golongan 9


Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tidak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan kita dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, membentuk disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita?Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan bertangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat/sembahyang kita. Marilah bersama-sama kita memperbaiki solat kita agar segera mendapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.



…HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH…
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan ”zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Wanita Pertama Masuk Syurga
Just copy and paste sahaja - kalau nak baca banyak lagi, click la pada tajuk tu.


Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam, dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang wanita dari kalangan orang kebanyakan (orang biasa) yang pertama akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
wajah wanita muslimah bertudung 300x225 WaNiTa PeRTaMa MaSuK SYuRGa

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas ia menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke rumahnya tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tidak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan tersebut. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk daripada suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah s.a.w. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatilah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tidak berapa mempedulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak dipedulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tidak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Dari kisah yang diceritakan di atas, dapat kita lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini, taatlah serta berbuat baiklah kepada suami masing-masing, nescaya akan diredhai oleh suami anda. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan anda sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami anda.

Buat Renungan semua ~
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.