25 November 2011

Bunga April

Saya baru perasan pagi tadi yang hari Isnin 28 November ni cuti rupanya. Memang serius tak ingat. Padahal malam tadi incik suami ada mengajukan soalan kepada saya bila cuti Awal Muharam. Dengan selamba saya jawab 28 haribulan = hari Isnin. Tu lah jawapan saya. Saya tak teringat pulak yang semalam tu dah 24 November rupanya. hahaha... Apa lah aku ni. Cuti 3 hari ni tak ke manalah aku nampak gayanya. Duduk je lah kat rumah kami anak beranak. Berehat-rehat setelah penat bekerja 5hari seminggu. Best

OK lah kita lupakan lah cerita pasal cuti tu, saya nak cerita yang sekarang saya dah minat lagi satu drama tv3. Drama Bunga April yang ditayangkan setiap hari Selasa - Khamis jam 10.30 malam. Sekarang baru episod 3. Mula2 episod dah nampak menarik. Mungkin saya akan terus tertarik untuk menontonnya. Harap2 saya boleh lah ye bertahan sehingga jam tersebut. Maklumlah saya ni jenis yang tidur awal. Jarang lah melebihi 10.30 malam.




Slot Samarinda Bunga April ini dibintangi oleh Shah Jaszle, Zach (X-Factor), Tasha, Noniswara, Mustapha Kamal dan Aida Aris. Saya kongsikan lah sinopsis drama ni ye.


Sinopsis Drama Bunga April

Bunga April menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi diwarisi Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.

Johar, anak tiri Tan Sri Azmi, hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan dibuat Puan Sri Hamidah.

Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp dan syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.

April anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas dimiliki April.

Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Jangan lupa menyaksikan Bunga April yang bersiaran 25 episod, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Samarinda  di TV3 bermula 22 Nov 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan