26 Julai 2013

Berbuka puasa episod 2

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Penghulu segala hari.

Pejam celik pejam celik, lebih kurang lagi 2 minggu semua umat Islam akan menyambut aidilfitri. Dah tinggal puasa ke? Yang lelaki tu jangan skip2 puasa pulak. Pompuan takpe, ada sebab.

Sekarang kat ofis aku masih belum dapat tempat duduk lagi. Aku sekarang hanya duduk kat sofa ruang menunggu. Serius bosan! Tapi kene hadap gakkkkk.

Ok, harini aku nak cerita kisah berbuka hari Isnin aritu. Isnin tu kitorang dapat invitation berbuka kat Concorde Hotel, KL. I like! Dah kate bab makan, mesti lah aku suke.

Balik je keje, cepat balik jemput Aqil. N terus gerak pegi Concorde. Nasib baik jalan Ampang tu tak jem. Lega.

Makanan kat sane memamg sangat ohsem! Sedap dari tahun lepas. Serius! Aqil seperti biasa lah. Makan udang jerrrrrr. Memang banyak giless dia makan. Aku rase lah ape yang si kecik ni tak henti2 makan udang tu, rupanya gile sedap ok!

Aku tak snap pic pun. Sebab malu. Orang ramai. Penuh kat situ. Ade beberapa ketul je aku snap. Tu pun aku dah share kat FB n IG.

Esok kitorang berbuka kat Istana Hotel. Plan nak bawak mertua. Tapi dorang taknak pulak. Sebab nak pegi tarawih n tadarrus. So tukar lah. Ajak adik ipar n biras aku.

Kali ni aku akan cuba snap pic sebanyak mungkin k. Blh aku tunjuk suasana buffet ramadan kat sana.

Sekarang nak sambung termenung balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan