10 Julai 2013

Salam 1 Ramadhan

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk sekali lagi menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Tahun ini adalah tahun ke-4 aku menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri. Indah sangat perasaan tersebut. Tidak terkontang-kanting seperti dahulu lagi.

Semakin usia bertambah, semakin zaman kian berubah, semakin matang lah kita. Tahun ni dah tentu2 lah aku tak boleh puasa penuh. Masa tahun 2010 best sangat sebab dapat puasa penuh. Masa tu pregnant kan si qiqil lah. Masa tu alhamdulillah diberi kan kesihatan dan tenaga untuk berpuasa penuh. Cuma masa tu hari pertama aku bagai nak pengsan. Sebab masa tu lah hari terakhir aku mabuk teruk. Hari berikutnya aku puasa macam biasa. Lebih semangat daripada orang lain yang tak memboyot macam aku. hahaha.

InsyaAllah tahun depan 2014 aku boleh lah puasa penuh. Dah plan tahun depan nak mengandung dan 2015 Aqil bakal dapat adik. Ini plan kami lah. Kita yang merancang, Allah telah menentukan segala2nya. Kalau panjang umur, insyaAllah, itu semua rezeki kan.

Bukan taknak pregnant sekarang, tapi sebab aku pun baru dapat keje tetap kan, jadi kene focus dulu. Lagipun mase 2015 tu aqil dah umur 4 tahun pun. Itu memang perancangan kami dari dulu lagi. Tapi kalau tetiba rezeki dapat awal, aku terima je.

Aihh.. Panjang pulak bebel. Just nak ucap Selamat berpuasa. 
Salam 1 Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan