04 Julai 2013

Potluck bersama OfficeMate

Assalamualaikum.

Semalam aku dah up entry intro pasal potluck kan. So harini berita sepenuhnya. Mihmihmihmih. Bab makan memang rajin je kan aku up entry. Kenangan makan2 ngan kawan2 opis. Mestilah kene simpan kat sini. Esok2 dah tukar tempat lain, ada gak kenangan yang boleh aku selak dan ingat2 balik.

Selama aku 4 tahun aku kat sini, ini lah 1st time ada potluck kat unit aku ni. Tak taulah kalau sebelum2 ni dorang penah buat gak ke. Tapi rasa macam unit ni tak penah buat potluck pun. Memandai je aku kan. Ni semua hasil buah fikiran Fyda @ Pidot. Dia yang bagi idea dan suruh semua masak. Aku ok je. Memang suka bab2 ni. 

Jadi dia lah yang list kan segala jenis menu setiap seorang. Dia pergi tanya seorang2 apa menu yang nak dimasak. Memang meriah lah kami makan semalam. Dari pagi sampai ke petang, makan je lah. Selagi tak habis, selagi tu makan makan dan makan. Takyah lah susah2 nak turun pergi cari makan kan.

Menu aku, aku dah tunjuk kan kat entry semalam, so harini aku tunjuk menu dari kawan2 je ok. Check it out

:: Kasi tunjuk lah dulu gambo tuan tanah and the geng ::
Sebelum meneruskan lagi kisah potluck kami, aku nak perkenalkan dulu seorang demi seorang. Tapi ni gambo lame. Gambo taun lepas kot. Gambo ramai2 semalam lupe nak tangkap.


Dari depan : Kiri - Fyda, Cik Pai, Puan Ika. Dari Belakang : Kanan - Ida, Puan Murni, Qema, Zura, Ikah, tuan tanah, Kak Hanie, Kak Mah. Nanti kalau aku tak perkenalkan, cam tak best lah kan. Sebab masakan2 ni akan diperkenalkan satu persatu bersama nama tukang masaknya. Mihmihmihmih.

:: Daging masak itam by Qema ::

:: Pagi itu dimulakan dengan sarapan dulu ::

:: Daging masak kunyit ni CC order je, kat sebelah KWSP Jln Raja Laut tu ::

:: Ayam Goreng Crispy by Kak Wani - Org baru, gambo beliau tiada di atas ::

:: Tembikai by Kak CT - Gambo beliau pun tiada di atas, sbb dia tak join kami yg happening ni ::

:: Pengat pisang request by me. Dimasak oleh kak nazirah. Pun takde di dlm gambo ::

:: Rendang Ayam by Kak Mah ::

:: Fruit Punch by CC, Fyda & Kak Hanie ::

:: Asam Pedas by Zura ::

:: Keropok goreng by Qema ::

:: Sambal bilis by Ida ::

:: Spagethi by Puan Safiah ::

:: Mi Goreng by Fyda ::

:: Lemang segera by Ida ::
Fuhh...rasa lapar pulak tetiba tgk gambo makanan ni sume. Semuanya nampak biasa2 je, tapi rasanya semua ohsem ok! Serius! Terima kasih pada sume kawan2 opis yang telah memberi kerjasama. Lain kali boleh buat lagi. Tapi masa tu mesti aku dah takde kat sini. Hihihihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan