02 Julai 2013

Cerita-cerita dan petua anak demam.

Assalamualaikum.

Harini aku bizi. Tapi sempat je nak up entry. Kerja aku sekarang memang banyak. Tapi malas tu tetap ada. Tapi kena buat gak. Lenguh tau tangan ni nak rekod kenaikan 1 tangga gaji semua orang. Ahhhhhhhh. Naik gaji tu memang best, tapi part rekod merekod ni lah buat malasssssssss nye lah. Walaupun aku jaga 2 negeri je, tapi tetap banyak ok! Ramai jugak lah orang tuk 2 negeri ni. Kesat peluh.

Semalam seharian aku tak buat keje pun. Dok mengadap PC je. Tengok blog lah. Update blog lah. Tengok FB lah. Keek lah. Tonton lah. Movie lah. Hebat kan aku. Punyalah malas. Dok opis senang lenang je. Itu yang best kat sini. Kita boleh buat apa pun, tapi keje urgent kene lah siapkan dulu.

Lepas ni kat tempat baru tak tau lah macam mana. Comfirm dah tak sama ngan kat sini kan. Tapi harap2 janganlah dapat tempat yang strict sangat. Pengsan aku nanti. Hmm... dah sebulan lebih aku tunggu ni, tapi surat tawaran still belum dapat lagi. Apakah? Aku ada gak kenal2 orang SPA tu. Aku dah tanya dah, tapi dorang kata semua surat dah bagi pada setiap kementerian/jabatan yang aku dapat tu, cuma kementerian/jabatan tu je tak panggil lagi. Dorang belum still proses nak campak aku kat mana kot.

Sebenarnya lain yang aku nak cerita, lain pulak yang tertaip ni. Aku nak cerita pasal kesihatan Aqil sekarang. Alhamdulillah sekarang dah ok. Selalu kalau sebelum2 ni pergi jalan mana2, balik comfirm dia demam kan. Macam yang korang tau, kitorang baru balik dari Langkawi, alhamdulillah kesihatan Aqil sangat ok. Aku bersyukur sangat. Masa nak pegi n dah balik tu mmg aku risau, pantau je dia. Tapi sehingga arini dia ok je. Terima kasih YaAllah kerana telah makbulkan doaku.

Haritu Aqil ada demam gak. Tak silap aku dalam 2 minggu lepas. Tapi kali ni sehari je. Selalu memang lebih dari sehari dia demam. Masa tu tonsil dia sangat2 besar sampai dah himpit anak tekak ok. Masa PAED tunjuk tu aku sangat2 terkejut. Tapi lepas pantau segala bagai, kebah jugak panasnya. Sekarang aku macam fobia kalau sebut anak demam, aku kalau boleh nak elak cerita atau cakap pasal budak demam. Aku takut anak aku demam.

Kat sini aku nak bagi tip sikit. Tip ni cleaner kat ofis incik suami yang bagi masa Aqil demam 2 minggu lepas tu. Cleaner tu indon. Tip yang dia bagi memang mujarab.

1. Kalau anak demam - Layurkan daun bawang atas api, kemudian lenyek2 kan daun bawang tu pastu sapu atas ubun2 anak. Sapu kat setiap sendi dia. InsyaAllah panas tu akan kebah. Tapi korang akan rasa panas lah di bahagian yang korang tenyeh daun bawang tu nanti. Sebab daun tu memang berangin ke panas tu pegi ke arah kita sapu tu ke aku pun tak sure. Memang berkesan untuk anak aku. Sebab tu anak aku cepat baik demam kot.

2. Tonsil - Amek asam jawa, garam dan sedikit minyak masak. Gaulkan tiga bahan ni, kemudian sapu di bahagian leher anak kita. InsyaAllah susutlah tonsil tu. Anak aku mula2 tu asyik taknak makan n minum susu. Tapi lepas sapu asam jawa ni barulah dia minta susu n makan. Alhamdulillah.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan