16 Julai 2013

Happy kids dapat basikal baru

Semalam baru je aku bagitau yang Aqil mintak basikal kan. Pastu aku tak beli lagi. Last2 petang semalam incik suami balik je kerja, tetibe terus dia ajak pergi kedai basikal kat area rumah tu jugak. Mula2 dia kate kite tengok2 je dulu. Ok lah. Tapi aqil dah cakap dah, "mama, nak uit, nak cikal". bahasa dia lah. Aku jawab "ye, kite nak pergi lah ni". Dalam hati aku masa tu, memang dah niat, nak beli je lah terus. Tak sampai hati. Hari2 sebut benda sama.

Akhirnya, kitorang beli jugak lah basikal tu semalam. Tapi tak boleh beli 1. Kena beli 2 untuk Anis jugak. Kalau beli 1 nanti berebut. Dan harga nya pun sangat murah. Jadi tak rugi lah beli 2 pun. 

Tadaaaaaaaaaa.




Seronok Aqil dapat basikal baru. Sampai puting pun dia tak ingat. Kalau tak, asyik bergayut je kat mulut tu. Aku happy sangat bila tengok Aqil happy camtu. Bukan aku manjakan anak sampai ikut apa dia cakap dan mintak. Tapi aku taknak dia rasa apa yang aku rasa masa kecik2 dulu. Aku dulu masa kecik2, apa jenis mainan pun aku tak penah rasa. Kalau ada orang sedekah mainan, baru lah aku dapat merasa. Jadi, aku taknak anak aku jadi cam aku. Aku nak anak aku jalani kehidupan kanak2 dia seperti kanak2 lain jugak. Asalkan tidak melampau.

Selagi kami mampu, akan kami penuhi segala permintaan anak. Anak adalah segala2nya. Nanti dah mula sekolah, tak boleh over2 lagi camni. Kena fokus pada study pulak. 

Dan dah beberapa hari Aqil kena asma. Batuk2. Bagi inhaller setiap 4 jam. Tapi semalam alhamdulillah dah sihat. Takde dah dengar batuk2. Aqil adalah kebahagian dan kegembiraan kami.

Next entry.


I'll be missing all of them! Ni semua geng2 sumber manusia JASA. Geng sekepala. Happening. Minggu ni minggu terakhir aku bersama dorang. Diorang semua besttt. TQ friends.

Hmm..Ahad ni plan berbuka puasa kat Le'Meridian Hotel ngan qiqil n ayah qiqil. Memang tak sabar. Aku suka dorang punya beef teppayaki. Memang terbaik! Makanan dorang yang lain2 pun sangat2 sedap. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan