03 Julai 2013

Potluck.. Excited!

Salam hari Rabu (03.07.2013) semua!

Tak lama je lagi kita dah nak menyambut puasa kan. Dalam 7 hari lagi je lagi. Rasa tak sabar pulak. Tahun ni tetap tak boleh penuhkan puasa gak. Masa mengandungkan Aqil 2 tahun lepas je aku dapat puasa penuh. Memang best, takyah ganti2 bagai kan.

Harini cawangan aku ada buat potluck. Macam2 menu yang dengar nak dimasak. Excited pulak aku rasa. Buat makan-makan ni sempena sebelum menyambut ramadhan minggu depan. Lagipun lepas ni kan aku dah tak bersama dorang. Harini pakej. Breakfast takyah turun. Lunch pun sama.

Aku masak apa? Haaaaaaaaaaaaa.. benda yang sangat simple je. Hehehe. Plan asal nak buat sambal udang + sotong + petai dengan patin masak tempoyak. Tapi malangnya semalam kat pasar malam tu takde pulak jual ikan patin. Aduhhhh. Tak dapek lah aku nak telan patin arini. Pasrah. Jadi satu menu je lah aku masak arini. So simple!

:: Sesi menumis dimulakan ::

:: Petai besar2 kan ::

:: 1st main course, sotong ::

:: 2nd main course, udang ::

:: Tadaaaa...dah siap ::
Simple kan menu aku. Nanti aku cerita lah kisah kami ber'potluck' harini. Ni intro je ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan