18 Julai 2013

Sangat bosan.

Assalamualaikum semua!

Ceria2 selalu ye semua. Jangan lah bulan ramadhan ni nak bermuram durja je. Tak elok ye. Aku? Aku memang happy go lucky sokmo. Cuma kadang2 aku memang takde mood nak bercakap langsung. Bukan sebab bad mood. Tapi saje malas nak bercakap. Rasa takde benda nak cakap/borak, aku senyap je lah dok sorang2 kat tempat duduk. Tapi bile orang tegur or buat lawak, aku elok je gelak besar.

Harini dah hari Khamis. Khamis terakhir aku di sini. Esok Jumaat. Hari terakhir aku di sini. Macam2 kenangan ada kat sini. Pahit takde rasenye. Manis je semua. Masuk keje sini, masa anak dara. Bertemu jodoh di sini. Kahwin dan dapat anak seorang dah. Sekejap je masa tu berlalu. Segalanya manis. Kawan2 kat sini pun semua best2. Sekepala. Bos2 pun sporting. Takde keje dalam keadaan stress langsung. Aku harap tempat baru aku nanti dapatlah lebih kurang suasana begini. Sebab aku ni sangat2 banyak cakap dan ketawa. Jadi aku rasa aku tak boleh keje dalam keadaan yang sunyi sepi.

Kat sini aku yang selalu kacau diorang2 ni buat kerja. Buat lawak lah. Datang tempat sorang2 tuk ajak borak2. Takde motif kan. Saje je nak sembang2. Dok sorang2 bosan.

Hmm.. Keje aku semua dah clear. Tinggal ada 2-3 je lagi belum selesai. Tunggu bos besar sign je lagi. Pastu setel lah. Disebabkan aku bosan arini, aku plan nak pergi Pertama Complex dan Jalan TAR dan Sogo. Kat Pertama aku nak pegi beli external. Kat Jalan TAR aku nak beli baju kurung tuk raya. Kat Sogo tu tengok2 je kot.

Rasa macam nak keluar sekarang, tapi rasa macam awal sangat lagi. Jadi marilah aku update blog dulu.

Pagi ni aku sampai ofis dari pukul 7 sampai lah sekarang, aku belum bercakap lagi ngan geng2 opis ni. Aku duduk je kat tempat sendiri. Layan FB, tonton.com, emel, baca blog2 orang. Errrr sangat bosan!

Oh ye, start minggu ni kami dah start akan berbuka di luar. Ahad - Hotel Le'Meridian, Isnin - Concorde Hotel, Sabtu (27 Julai) - dah book untuk buke kat Hotel Istana. Alhamdulillah rezeki. Ada lagi, tapi tak ingat apa name tempat2 tersebut. 

Paling tak sabar nak pergi adalah Hotel Le'Meridian. Nak makan beef teppayaki bebanyak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan