31 Oktober 2011

Campak botol

Hero kecik saya setiap malam pukul 9.30 or 10.00 malam mesti dah tidur. Tak kira lah time pukul 7.00 malam tu dia dah tidur ke apa. Pukul 10.00 tu mesti dah lena sampai lah ke pagi. Dia hanya akan bangun 2 atau 3 kali untuk minum susu. Tu je! Senang kan jaga baby bernama Muhammad Aqil Rizqin. Memang tak susah nak jaga dia. Tak banyak kerenah. Sebab tu bila dia meragam macam ada benda tak kena, kitorang berdua mula lah risau. Sebab dia sangat susah untuk meragam. Contohnya macam demam, kita dah boleh tahu simptom2 dia nak demam. Kalau meragam @ merengek je, ada lah tu yang tak kena. Kalau tak, dia akan main je. Diam je. Dengar suara pun susah. Itu lah pe'el hero saya. Mama sayang kamu!

Kalau setiap malam minta susu, dia takkan kejut mama dia. Dia akan pergi dekat ayah dia. Ayah dia akan buat kan susu untuk dia. Dia sangat manja dengan ayah dia. Dia taknak kejut mama malam-malam sebab dia tahu mama garang. Nasib baik ayah faham yang mama ni penat. Setiap hari awal pagi dah bangun buat kerja. Sebab tu saya sayang incik suami saya!

Setiap malam Aqil akan minum susu sambil pejam mata. Sangat comel. Kita takut dia tersedak kan, tapi dia boleh selamba je minum susu tu sambil pejam mata. Bila habis je dia sedut susu tu, terus dia campak botol susu tu, dan tarik kain lampin dia tu and terus lena. Macam tu lah setiap malam. Malam tadi kebetulan saya dan incik suami lambat sikit tidur sebab layan drama kat tv3 tu. Tiba-tiba aqil sedar dan berbunyi-bunyi nak susu. Sempat lah kami merakam gelagat dia minum susu tu. Mari tonton!


Sangat comel kan? Haaa...korang cakap biasa je, tak comel pun? Takpelah. Saya tak kisah korang semua nak cakap apa pun. Tu hak masing2 kan. Dan ni hak saya jugak lah saya nak share apa pun kat blog saya. Betul tak? 


3 ulasan:

  1. sgt senang anak ekin..start umur baper bulan kin, dier tido dh betul waktu? anak intan, smpai skunk nie, takder masa yg khusu utk dier tido..suara tak yah ckp..menangis tue dh selalu sgt, smpai kiterorang dah lai,hehe

    BalasPadam
  2. hehehe...alhamdulillah la setakat ni. memang senang nak jage si hero sorang ni. takde ape yg memeningkan lagi. tdo pun terlebih cukup ktorg ni.hehe.. memang dari lahir dah die cmtu. sebab tu dah biasa kot. sampai lah sekarang cmtu.pastu kalau main, senyap je takde bunyi. cume aktif bergerak je. sane sini dah tak larat nak kejar.

    BalasPadam
  3. owh..takperlah...rezki kin..yg intan nie dah terbiasa anak nanis sokmo,kah kah kah :)

    BalasPadam