25 Oktober 2011

Rutin

Sebagai seorang isteri dan seorang ibu yang bekerja, memang saya tak boleh lari dari tugas-tugas hakiki sebagai seorang suri rumah bila dah habis waktu kerja. Itu lah yang dinamakan seorang wanita. Belajar setinggi mana pun, berjaya macamanapun dalam kerjaya, tapi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu tak boleh diabaikan. Begitulah saya. Setiap hari saya perlu melalui rutin harian yang sama. Pergi kerja, buat kerja pejabat, balik kerja buat kerja rumah pulak dan begitulah seterusnya setiap hari. Walaupun kadang-kadang saya ada merungut mengatakan penat kepada incik suami, tapi benda tu tak sampai ke hati. Saya tetap ikhlas melakukan semua itu demi keselesaan kami sekeluarga. Saya takkan abaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu. Setiap hari bekerja seawal jam 5.30 pagi saya dah bangun untuk mulakan tugas saya sebagai seorang ibu dan isteri.

Rutin hari Isnin - Jumaat :

Jam 5.30 pagi : Saya dah bangun untuk menyiapkan bubur nasi untuk si kecil. Saya blender kan sekali bubur nasi tu untuk aqil. Senang nanti pengasuh nak bagi dia makan. Pengasuh hanya perlu panaskan je. Sambil menunggu bubur nasi masak, saya pergi iron baju kerja saya dan incik suami. Saya memang suka iron baju di pagi hari sebab nanti kalau bangun tidur dan terus mandi, rasa sejuk sangat. Bila kita dah buat banyak kerja, panas sikit kan. So, bila nak mandi tu, takdelah rasa sejuk sangat. Hehehehe...

Jam 6.00 pagi : Saya blender bubur Aqil dan masukkan dalam bekas. Kemudian, basuh semua  botol susu aqil dan masak air.
Jam 6.15 pagi : Waktu saya mandi dan solat. Yeay! Segar. Bila dah siap, time tuk saya kejut incik suami pulak.
Jam 6.55 pagi : Lepas incik suami selesai minum milo, kami pun keluar rumah untuk hantar aqil ke rumah pengasuh di tingkat 3. Dan kami pun mulakan perjalanan ke pejabat.

Jam 7.40 pagi : Kami sampai di pejabat. Dan bermula lah rutin seperti biasa sebagai pekerja di pejabat. Sehinggalah jam 5 petang.

Jam 5.00 petang : Masa untuk pulang. Kami akan sampai di rumah dalam pukul 5.45 petang.

Jam 6.00 petang : Lepas ambil aqil, kami pun duduk berehat-rehat sambil melayan si kecik. Lepas tu saya akan pergi mandi dan memasak. Itu pun kalau incik suami kata lapar, kalau tak, memang tak masak lah.

Jam 7.00 petang : Masa untuk melayan drama bersiri Soffiya di TV3. Memang time ni tak bergerak-gerak dari depan tv. Khusyuk sungguh kami berdua tengok tv

Jam 8.00 malam : Habis je drama Soffiya, kami solat dan berehat-rehat kembali dan menonton berita. Sehinggalah ke malam, rutin kami melayan si kecik sambil menonton . Sambil-sambil tu jugak, saya akan campak kain baju ke dalam mesin basuh. Dan sambil-sambil tu jugak lah peluang saya nak melipat kain baju yang dah dibasuh.

Jam 9.30 - 10 malam : Masa untuk tidurkan aqil. Memang ni time dia tidur.

Jam 10.00 malam : Time ni kalau saya larat, saya akan tunggu drama jam 10.30 malam. Kalau dah mengantuk sangat, memang terus tidur lah. Sedar tak sedar dah pagi. Bila malam aqil nak susu, ayah dia yang akan bangun buat kan. Itu lah yang selalu saya katakan incik suami saya seorang yang sangat memahami. Dia faham saya penat dari pagi tak henti buat kerja. Saya sayang suami saya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan