18 Oktober 2011

Diari seorang insan III (Last Part)

Harini saya nak sambung balik kisah yang dah terbengkalai seminggu. Bukan takde masa nak meng'update', tapi mood untuk meng'update' tu tak sampai dalam masa seminggu ni. Hari insyaAllah mood tu sentiasa meresap je dalam diri saya ini.


Kenapa ye dia marah sangat pada ayah dan ibu tirinya? Sebenarnya, dia marah sangat sebab adik bongsu dia telah didera oleh ibu tirinya! Memang jenis manusia apa entah ibu tiri dia tu. Dah lah usia muda. Gatal nak kahwin dengan bapak dia. Bila dah kahwin, macam ni pulak jadinya. Memang dasar perempuan tak guna. Itu je yang boleh dia katakan. Sampai bila-bila pun dia akan membenci ibu tirinya. Bukan kerana itu sahaja, ada lagi kisah lain yang membuatkan dia benci ibu tirinya tu. Nanti dia akan cerita kan dalam diari ni.


Adik bongsu dia telah dimasukkan ke dalam wad selama seminggu. Semua gara-gara perempuan tu. Mujur adik dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Selepas seminggu adik dia tinggal di wad, adik dia telah dibawa pulang ke kampung arwah mak oleh bapa saudara dia. Bapa saudara telah mengambil keputusan untuk menjaga adik dia sehingga adik dia besar. Alhamdulillah... Tapi dia masih tidak faham kenapa ayah dia boleh biarkan adik dia dilakukan sebegitu rupa. Setiap kali dia pergi ke rumah ayah dia, pasti dia melihat adik dia baring diam je di atas lantai simen tanpa sebarang alas. Sayu betul melihat keadaan adik begitu. Sungguh kejam manusia di dalam rumah itu. 


Selepas kejadian itu, ibu tiri dia telah ditahan polis atas tuduhan mendera. Itu semua atas laporan jiran-jiran di situ yang rasa bertanggungjawab. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi pada adik dia. Terima kasih semua atas keprihatinan anda! Semasa perempuan itu ditahan di lokap, perempuan tu sedang dalam pantang selepas melahirkan anak kedua. Dia berasa lega bila perempuan itu ditahan. Tapi, ayah sayang sangat isteri, dan telah pergi menjamin perempuan tu dengan jumlah RM1,000.00. Dia sangat tidak boleh terima. Tapi apakan daya, dia tak mampu untuk bersuara ketika itu. Dia hanya memandang dengan perasaan yang membuak-buak. Dari situlah perasaan dendam terhadap perempuan itu wujud.


Bertahun berlalu. Kehidupan dia adik beradik tidak bersama lagi. Jarang berjumpa. Ayah tak berapa hiraukan dia dan adik beradik. Hanya tinggal adik perempuan dia bersama ayah nya sahaja. Tapi adik dia pun tak tahan lama tinggal dengan ayah, masa adik dia berumur 14 tahun, adik dia berpindah tinggal di kampung bersama ibu saudara mereka. Kenapalah sikap ayah begitu. Langsung tak hiraukan anak-anak. Sampai tak kisah anak di mana, tinggal dengan siapa, sekolah ke tak sekolah dan macam-macam lagi tanggungjawab yang dilepaskan oleh ayah. Pada usia dia 15 tahun dia telah mengambil keputusan untuk tinggal dengan ayah. Bukan pilihan dia tapi atas dasar terpaksa. Selama tinggal dengan ayah, memang dia tak terurus. Tak pergi sekolah. Keluar sana sini. Dia jadi anak terbiar. Ditambah lagi dengan keadaan rumah yang semak samun tak berkemas. Ibu tirinya memang seorang yang sangat pemalas sehinggalah sekarang. 


Masa umur dia 16 tahun dia dah jarang pergi sekolah. Mungkin dia stress dengan yuran sekolah tak dibayar. Buku tak dibeli. Belanja sekolah takde. Sungguh daif dia ketika itu, kerana dibiarkan oleh bapa sendiri. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bekerja part time di sebuah hotel sebagai waitress. Lama juga dia tak bersekolah. Sehingga suatu masa dia ditawarkan menyambung semula sekolah di sebuah sekolah yang tak mungkin dia jejaki. Itu semua atas ikhsan manusia yang berfikiran tak seperti bapa dia. Syukur alhamdulillah dia berjaya tamatkan sekolah sehingga tahap SPM. Banyak sungguh suka duka yang dilalui oleh dia. Masa dia masih tinggal dengan bapa dia, bapa dia sering meminta duit dari dia. Sedangkan dia hanya bekerja part time je masa tu. Kalau dia taknak bagi duit yang diminta, pasti dia dipukul. Sebab tu dia tak tahan. Dan sehingga lah dia mendapat peluang bersekolah semula. Sejak itulah dia mula membenci bapa dia.


Apabila berada di sekolah itu, hati dia sangat senang. Tak pernah dia merasai ketenangan begitu. Tiada lagi gangguan dari bapa dia. Dia sangat berterima kasih kepada orang yang membantu dia. Tak terbalas budi orang itu. Masa berlalu dengan pantas sekali. Sedar tak sedar dia telah tamat persekolahan. Dia telah menjangkau usia 18 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Dia juga pun dah semakin matang. Lepas tamat persekolahan, macam-macam kerja dia dah buat. Sungguh berdikari dia. Dia dah tak tinggal dengan bapa. Dia dah tinggal sendiri. Bebas! Sehingga dia melangkah ke usian 20 an. Semuanya berjalan dengan lancar. Tapi masa dia bekerja di kampung halaman, bapa dia sentiasa juga datang menggangu dia di tempat kerja. Meminta duit. Pernah sekali dia kata takde duit, bapa dia marah dan ugut untuk membunuh dia. Bapa apakah ini?? Memang dia tak boleh terima. 


Dia sangat membenci bapa dia. Memang orang kata seburuk mana pun bapa kita, dia tetap bapa kita. Tapi orang tak tahu apa yang telah dilalui oleh dia dari kecil sehingga dewasa. Dia bukan nak mengaibkan bapa sendiri, tapi ini kenyataan yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa. Kisah ini hanya sebahagian sahaja, dia tak dapat nak menceritakan sepenuhnya. 


Maaf lah jika apa yang saya ceritakan ini ada mengguris hati sesiapa. Tapi ini kenyataan. Sehingga sekarang dia tidak boleh maafkan bapa dia. Dia sentiasa berdoa agar Allah melembutkan hati dia untuk memaafkan semua orang. Aminn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan